Antarabangsa

Ford Bronco Overland Concept Padat Aksesori Off-Road Menarik, Siap Ada Khemah Bumbung

Erywan
12/10/2020
07:36 MYT
Sponsor Banner
Ford Bronco Overland Concept Padat Aksesori Off-Road Menarik, Siap Ada Khemah Bumbung
Acara Bronco Super Celebration East yang diadakan di Townsend, Tennessee baru-baru ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ford Bronco Overland Concept yang tampil dengan pelbagai aksesori off-road yang menarik.
Menggunakan varian Bronco Badlands empat pintu sebagai asas, model konsep ini dilengkapi dengan takal WARN yang dipasang pada bampar keluli Ford Performance, serta sistem suspensi High-Performance Off-road Stability Suspension (H.O.S.S.) yang dipadankan dengan damper Bilstein.
Sementara itu, gabungan rim tugas berat Fifteen52 Turbomatic berukuran 17 inci dan tayar BFGoodrich KM3 pula menjanjikan tahap cengkaman yang tinggi terutamanya apabila melalui kawasan yang licin.
Khas untuk mereka yang sukakan aktiviti berkhemah, Bronco Overland Concept didatangkan dengan khemah bumbung berjenama Yakima serta dapur kecil pada bahagia belakang yang terdiri daripada peti sejuk mini yang boleh ditarik keluar untuk akses mudah, serta kit memasak dan tungku yang dipasang pada sistem pengurusan kargo.
Bukan itu sahaja, jentera ini juga sesuai untuk mereka yang ingin bermalam di lokasi perkhemahan dengan adanya bar lampu pada bahagian bumbung, serta enam pod lampu yang disusun dalam konfigurasi 360 darjah. Turut disertakan adalah antena CB untuk memudahkan pemandu mendapat isyarat radio.
Di bawah hud enjin, terdapat enjin EcoBoost 2.3-liter empat silinder dengan janaan 270hp dan 420Nm. Enjin petrol terbabit dipadankan dengan transmisi manual tujuh kelajuan.
Ford tidak menyatakan jika model konsep akan dihasilkan untuk produksi pasaran massa, namun sekurang-kurangnya ia boleh dijadikan sebagai contoh untuk pemilik Bronco yang mahu meningkatkan potensi jentera mereka.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024