Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Tempatan

Ford Ranger XLT 2.2L Edisi Khas jual secara terhad, memilikinya sebelum habis!

Erywan 13/12/2019 | 03:42 MYT

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal untuk jenama Ford di Malaysia memperkenalkan model baharu Ford Ranger XLT 2.2L Edisi Khas yang dijual secara terhad.

Apa yang membezakannya dengan versi biasa, Ford Ranger XLT 2.2L Edisi Khas hadir dalam warna Absolute Black dan Arctic White serta dipasang dapra lebar (fender flare), kamera undur (rear view camera) serta penutup tonneau yang berfungsi.
Luarannya juga, ia mempunyai pelekat bercorak geometri di bahagian kiri dan kanan untuk melengkapkan gaya sporti serta lasaknya.
Bagi meningkatkan lagi tawaran gaya hidup, sistem infotainmen dinaik taraf dengan menggunakan skrin sesentuh 9-inci yang lebih besar, lengkap dengan fungsi Apple CarPlay dan Android Auto yang menyokong aplikasi-aplikasi mobil seperti Spotify, Waze, YouTube dan Google Chrome melalui sambungan "hotspot".
Dijual pada harga RM120,888 untuk Semenanjung Malaysia dan RM126,388 untuk Sabah dan Sarawak (harga atas jalan, tanpa insuran), Ford Ranger XLT 2.2L Edisi Khas baharu itu sudah ada di semua pameran Ford di Semenanjung Malaysia. Untuk Sabah dan Sarawak, trak ini akan mula dipamerkan pada minggu ketiga bulan Disember.
Ford Ranger XLT 2.2L Edisi Khas menggunakan enjin Ford Duratorq 2.2L turbodiesel dan dipadankan dengan transmisi enam kelajuan automatic yang menghasilkan 160 PS serta tork setinggi 385 Nm.
Antara kelengkapan lain untuk Ford Ranger XLT 2.2L Edisi Khas termasuklah teknologi pintar serta fungsi keselamatan seperti 4X4 Shift-On-The-Fly, bilah pengelap dengan pengesan hujan dan sistem stereng berkuasa EPAS (Electric Power Assisted Steering) yang ringan.
Ia turut dilengkapi dengan dua beg udara, ‘e-locking differential’, fungsi Kawalan Menuruni Bukit (Hill Descent Control), Bantuan Permulaan di Bukit (Hill Launch Assist), Sistem Cegah Brek Terkunci (Antilock Braking System) dengan Bantuan Brek Kecemasan (Emergency Brake Assist) dan Pengagihan Daya Brek Elektronik (Electronic Brake Force Distribution), cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX.
Selain itu, ia dilengkapi juga Kawalan Stabiliti Elektronik (Electronic Stability Control) dengan Kawalan Cengkaman (Traction Control), Rollover Mitigation, Kawalan Ayunan Treler (Trailer Sway Control) dan Kawalan Adaptif untuk Beban (Adaptive Load Control).

Ford Ranger XLT 2.2L Edisi Khas didatangkan dengan pakej waranti selama tiga tahun atau sehingga 100,000 km, yang mana terdahulu.

#Ford #Drebar
;