Antarabangsa

Giliran Thailand pula dapat Honda ADV 150, harga lebih mahal dari Indonesia

Erywan
31/10/2019
02:38 MYT
Sponsor Banner
Giliran Thailand pula dapat Honda ADV 150, harga lebih mahal dari Indonesia
Selepas Indonesia dan Filipina, Honda ADV 150 akhirnya dilancarkan di Thailand yang hanya ditawarkan dengan varian ABS sahaja.
Harganya pula, ia dikatakan lebih mahal dengan berbanding pasaran Indonesia selepas dijual pada 97,900 baht (RM13,555). Di Indonesia ia dijual pada 36,5 juta rupiah (RM10,876).
Nampak gayanya, bagi pasaran Malaysia mungkin lebih mahal berbanding Thailand dan Indonesia, namun kita tunggu sahaja kehadiran Honda ADV 150 jika ia dilancarkan di negara ini nanti.
ADV 150 yang dijual di Thailand masih memiliki spesifikasi yang hampir sama dengan pasaran di Indonesia dan Filipina.
Honda ADV150 itu menggunakan enjin bersesaran 150cc dengan sejukan cecair yang menyalurkan 14.4hp dengan tork mencecah 13.2Nm. Tahap penggunaan bahan api boleh mencecah 46.6 km bagi setiap liter. Ia boleh ditunggang sejauh 373km bagi isian penuh.
Bagi kemudahan pengendalian, ia dilengkapi panel meter digital penuh yang memaparkan pelbagai maklumat membabitkan suhu luaran, tahap penggunaan bahan api, waktu dan tarikh, serta jarak perjalanan.
Suspensinya pula, bahagian hadapan menggunakan fork teleskopik, manakala dua penyerap hentak Showa bagi belakang. Uniknya, skuter adventure itu dilengkapi rim berbeza apabila di hadapan padanan 14 inci dan belakang 13 inci, selain menggunakan tayar dual-purpose.
Dari segi reka bentuknya, ia boleh dikatakan ‘copy and paste’ dengan X-ADV 750cc membabitkan tempat letak kaki, imej hadapan dan banyak lagi.
Pada masa sama, jentera dua roda itu dilengkapi pelindung angin boleh laras serta ruang penyimpan yang cukup besar di bawah tempat duduk.
Honda ADV 150 di Thailand ditawarkan dalam tiga pilihan warna membabitkan merah, hitam, dan coklat.
Kredit gambar: www.greatbiker.com
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar