Tempatan

Hadiah berjumlah lebih RM100,000 – PROTON 1 Tank Adventure

Erywan
13/09/2019
09:16 MYT
Sponsor Banner
Hadiah berjumlah lebih RM100,000 – PROTON 1 Tank Adventure
Penganjuran kedua PROTON 1 Tank Adventure, iaitu cabaran yang menjemput pemilik pemilik Proton untuk meneroka pemandangan indah, budaya dan kepelbagaian makanan di Malaysia sambil memandu secara ekonomi, akan diadakan bermula 14 September 2019.
Menawarkan hadiah bernilai lebih RM100,000 dan terdiri daripada tiga pusingan awal dan satu pusingan akhir, peserta yang terbabit adalah pemilik Proton Iriz, Persona dan Saga 2019 serta pengamal media dan selebriti.
Penganjuran kali pertama cabaran ini tertumpu pada kebanyakan jalan raya di Semenanjung Malaysia, tetapi pada tahun ini, cabaran itu akan meliputi dua pusingan di Malaysia Timur iaitu di Sabah dan Sarawak.
Pusingan akhir pula akan memperlihatkan satu perjalanan epik, iaitu dari Kota Bharu ke Johor Bharu menggunakan satu tangki minyak sahaja. Antara objektif utama penganjuran cabaran adalah untuk membuktikan kecekapan penggunaan bahan api pada kereta-kereta terbaharu Proton.
Peserta perlu memandu kereta mereka dengan merentasi pelbagai keadaan jalan raya dan lalu lintas untuk mencapai penjimatan bahan api yang boleh digunapakai oleh pemandu lain dalam kegunaan harian mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong berkata, PROTON mahu membuktikan kecekapan kereta Proton dengan memulakan perjalanan yang epik di seluruh negara.
“Angka-angka ini tidak akan diperolehi melalui perjalanan yang dirancang, tetapi mengikut pada keadaan pemanduan harian seperti yang dilalui oleh pemilik kereta yang lain.
“Pada akhir cabaran ini, kami akan membuktikan bahawa rangkaian semasa kereta Proton mampu memberikan angka penjimatan bahan api yang boleh membantu mengurangkan penggunaan kos," katanya.
Menurutnya, melalui penganjuran 1 Tank Adventure ini, PROTON mahu mengingatkan kepada rakyat Malaysia bahawa terdapat banyak faktor yang perlu dipertimbangkan ketika membeli sebuah kereta.
Katanya, PROTON sudah memperbaharui semua rangkaian keretanya pada 2019 dan ia adalah peluang yang baik untuk kami menjelajah ke seluruh negara bagi mempamerkan hasil kerja keras kepada kepada semua.
“Dengan rekaan yang baharu, kualiti dan pengendalian yang lebih baik, keselesaan di dalam setiap perjalanan serta kelengkapan bertaraf tinggi dan nilai yang lebih menjimatkan, kami memiliki model-model yang sesuai dengan bajet dan keperluan setiap pembeli," katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024