Hanya belanja RM70, Ahmad Shafiq menang Yamaha Y15ZR sempena peraduan PETRONAS Sprinta Bonanza
PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) meraikan pemenang bulan Jun untuk peraduan PETRONAS Sprinta Bonanza.
Pemenang bertuah berkenaan ialah Ahmad Shafiq Ahmad Sharifudin, 23, berasal dari Permatang Pasir, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Ahmad Shafiq yang bertugas sebagai pelatih kesihatan hanya membelanjakan sebanyak RM70 untuk belian dua botol minyak pelincir Sprinta F700 dan layak menyertai peraduan.
Peraduan PETRONAS Sprinta Bonanza yang bermula 11 Mac lalu masih berlangsung dan akan tamat pada 30 September 2019.
Sebanyak tujuh hadiah bulanan iaitu Yamaha Y15ZR ditawarkan, manakala hadiah kedua sebanyak tiga unit YAMAHA R25, sementara hadiah utama adalah sebuah motosikal berkuasa tinggi, YAMAHA R6 yang bernilai lebih RM100,000.
Lebih menarik ialah semua motosikal yang ditawarkan diberi sentuhan ‘airbrush livery’ sempena pasukan PETRONAS YAMAHA SRT di kejohanan dunia MotoGP.
Berikut ialah senarai pemenang motosikal YAMAHA Y15ZR setakat ini:
Masih terdapat tiga unit YAMAHA Y15ZR (atau popular dengan Ysuku) untuk dimenangi sehingga tamat tempoh peraduan. Hadiah kedua dan utama bakal disampaikan di Litar Sepang bersempena MotoGP pada November nanti oleh pelumba-pelumba pasukan PETRONAS YAMAHA SRT iaitu Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli.
Maklumat lanjut peraduan boleh didapati di laman sosial Facebook PETRONAS Sprinta Malaysia dan Instagram @petronas_sprintamy.