Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Antarabangsa

Hanya Dua Minggu, 20,000 Tempahan Untuk Proton X50

Erywan 06/10/2020 | 03:17 MYT

Momentum jualan PROTON berterusan dari bulan Ogos ke September apabila syarikat automotif nasional itu mencapai keputusan positif bagi kadar jualan tahun ke tahun untuk bulan keempat berturut-turut.

Jumlah jualan pada bulan September sebanyak 11,935 unit adalah kedua tertinggi bagi tahun 2020 dengan jualan sejumlah 73,607 unit kenderaan pada tahun ini. Ia bersamaan dengan pegangan pasaran sebanyak 21.6 peratus dan menduduki tempat kedua dalam industri automotif Malaysia.
Sama seperti Ogos, tiga model Proton mendahului segmen masing-masing dengan X70 mencatat jualan sebanyak 2,849 unit, Persona dan Proton Exora juga kekal sebagai model terlaris dalam kelasnya.
Sementara itu, Proton X50 yang mula dihasilkan di kilang pengeluaran baharu PROTON di Tanjung Malim pada 15 September dan tempahan mula diterima pada hari berikutnya.
Setakat ini, dalam masa dua minggu selepas tempahan mula diterima, jumlah tempahan melebihi jangkaan dengan 20,000 tempahan.
Baca juga artikel lain:
>> Ini Perincian Spesifikasi Proton X50 Mengikut Varian

#Proton #X50
;