Antarabangsa
Harga Kereta CKD Honda Naik 5 hingga 9% Bermula Hari Ini
Honda Malaysia mengumumkan harga baharu dengan peningkatan antara 5 sehingga 9 peratus bagi tiga modelnya untuk pasaran negara ini.
Peningkatkan harga bagi model Jazz, City dan CR-V berkuat kuasa pada hari ini selepas semak semula dilakukan terhadap insentif kenderaan pemasangan tempatan (CKD).
Insentif itu berbeza dari peraturan penilaian cukai yang diumumkan sebelum ini yang dijangka tidak akan memberi kesan harga kenderaan. Pelarasan harga akan disegerakan merangkumi semua 100 peniaga Honda di seluruh negara.
Ini senarai harga baru mengikut model dan varian: