Tempatan
Harley Davidson Petaling Kali Kedua Raih Selepas Jualan Terbaik Rantau Asia
Harley Davidson Petaling sekali lagi meraih sebagai Selepas Jualan Terbaik pada suku kedua di rantau Asia.
Ini membuktikan kecekapan juruteknik dalam memberikan perkhidmatan selepas jualan yang terbaik kepada pemilik Harley Davidson di negara ini.
Pada penghujung suku pertama tahun ini, Harley Davidson Petaling menerima anugerah Pengedar Selepas Jualan dan sekali lagi untuk suku kedua.
Pengerusi Goh Brothers Group, Goh Kian Sin berkata, Harley Davidson Petaling akan terus memberikan perkhidmatan terbaik dan menawarkan pengalaman pemilikan Harley Davidson tidak kira umur jentera.
“Pencapaian ini adalah sesuatu yang harus dibanggakan kerana menjadikan Malaysia terkenal dikenali di peringkat global,” katanya.
Harley Davidson Petaling diterajui Lau Chye Wang. manakala perkhidmatan selepas jualan diketuai Ahmad Fikeri.
Pengedar Harley Davidson dari pasaran Asia termasuk Thailand, Indonesia, Singapura, Vietnam, Korea Selatan, Hong Kong, Macau, Taiwan dan Filipina.