Tempatan

Harley-Davidson lancar FXDR™ 114 di AOS 2019

Erywan
28/07/2019
07:08 MYT
Sponsor Banner
Harley-Davidson lancar FXDR™ 114 di AOS 2019
Harley-Davidson Malaysia menjadikan acara Art of Speed (AOS) Malaysia 2019 sebagai medan untuk memperkenalkan model baharunya menerusi FXDR ™ 114.
Motosikal Harley-Davidson FXDR ™ 114 yang baru itu didatangkan dengan kelebihan teknikal dan kelihatan seolah-olah sebuah jentera drag, sekali gus menjadi barisan motosikal berprestasi jenama berkenaan.
FXDR ™ 114 adalah model ke-10 Harley-Davidson yang berasal dari platform Softail.
Fokus utama jentera itu adalah untuk mengurangkan berat, jadi ia menggunakan lengan ayun yang diperbuat daripada aluminium. Pada masa sama ia menggunakan rim tempaan aluminium di hadapan dan belakang.
Bagi menjanakan FXDR ™ 114, ia dipadankan enjin Milwaukee-Eight 114 V-Twin yang mampu menhasilkan tork 158Nm pada 3,500rpm.
Menariknya, penapis udara yang keluar pada bahagian sisi membuatkan ia tampak hebat selepas diinspirasi daripada motosikal drag World Champion Screaming Eagle/Vance & Hines.
Sistem ekzosnya juga baharu dengan ciri 2-1 untuk memberi prestasi, selain membuatkan ia tampil menarik.
Penampilan luaran, ia diperkuatkan lagi dengan lampu LED termasuk lampu siang, selain padanan teknologi terkini membabitkan keyless dan Sistem Keselamatan Pintar Harley-Davidson.
FXDR 114 didatangkan dengan pilihan warna membabitkan Vivid Black, Black Denim, Denim Grey Industry, Denim Wicked Red, Bonneville Salt Denim dan Rawhide Denimat. Ia akan berada di empat pengedar di Malaysia bermula 27 Julai 2019.
Harganya pula, ia dijual bermula RM122,500 dan untuk semua unit FXDR yang didaftarkan sebelum 30 November 2019, pelanggan boleh menerima peredam Screamin ‘Eagle Titanium dan baucer barangan bernilai RM4,200. Ini sangat berbaloi!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar