Harley-Davidson lancar FXDR™ 114 di AOS 2019
Harley-Davidson Malaysia menjadikan acara Art of Speed (AOS) Malaysia 2019 sebagai medan untuk memperkenalkan model baharunya menerusi FXDR ™ 114.
Motosikal Harley-Davidson FXDR ™ 114 yang baru itu didatangkan dengan kelebihan teknikal dan kelihatan seolah-olah sebuah jentera drag, sekali gus menjadi barisan motosikal berprestasi jenama berkenaan.
Menariknya, penapis udara yang keluar pada bahagian sisi membuatkan ia tampak hebat selepas diinspirasi daripada motosikal drag World Champion Screaming Eagle/Vance & Hines.
Penampilan luaran, ia diperkuatkan lagi dengan lampu LED termasuk lampu siang, selain padanan teknologi terkini membabitkan keyless dan Sistem Keselamatan Pintar Harley-Davidson.
Harganya pula, ia dijual bermula RM122,500 dan untuk semua unit FXDR yang didaftarkan sebelum 30 November 2019, pelanggan boleh menerima peredam Screamin ‘Eagle Titanium dan baucer barangan bernilai RM4,200. Ini sangat berbaloi!