Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Tempatan

Harley-Davidson Pan American 1250 Bakal Lancar Jun Ini Di Malaysia, Harga Bermula RM99,000

Erywan 26/03/2021 | 10:20 MYT

Model pertama Harley-Davidson dalam segmen jelajah/adventure, Harley-Davidson Pan America 1250 dijangka dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada Jun ini.

Ia ditawarkan dengan dua varian yang mana kedua-duanya menggunakan enjin v-twin 1,250 cc H-D Revolution Max 1250, bersama padanan kotak gear enam kelajuan untuk menghasilkan maksimum 150hp dengan tork setinggi 127Nm.
Pan America 1250 menggunakan cakera berkembar berserta angkup Brembo empat omboh dan rim 19 inci. Roda belakang pula menggunakan rim 17 inci dengan brek cakera angkup omboh tunggal.
Bagi varian Special, ia menggunakan suspensi semi aktif Showa BFF di hadapan dan Showa BFRC di belakang. Berbeza pula varian biasa selepas dipadankan fork dan monoshock standard, tetapi masih boleh dilaras sepenuhnya secara manual.
Ini senarai harganya:

Pan America 1250 Special

Pan America 1250 Standard

Sementara itu, Harley-Davidson juga memperkenalkan barisan model 2021 bagi pasaran Malaysia yang kini dipertingkatkan dari segi prestasi, gaya dan teknologi.
Bagi model yang harga paling rendah, Sportster Iron 883 dijual pada harga RM68,900 yang menggunakan enjin Evolution 883cc. Bagi Sportster Iron 1200 dan Forty-Eight yang berkongsi enjin Evolution 1,200cc masing-masing dijual pada harga bermula RM75,900 serta RM80,900.
Keluarga Softail membabitkan Softail Standard, Street Bob Special, Low Rider S, Fat Bob 114, Sport Glide, Breakout 114, Fat Boy 114 dan Heritage Classic 114 dijual pada harga antara RM89,900 hingga RM123,900.
Harga bagi model Touring menerusi Electra Glide Standard, Road King, Road King Special, Street Glide Special, Road Glide Special dan Ultra Limited dijual Antara RM129,900 hingga RM189,900.
Untuk model CVO yang mempunyai empat varian membabitkan Ultra Limited, Road Glide, Street Glide dan Tri Glide dijual Bermula RM293,900 sehingga 421,900.
Model Trike yang terkenal dengan jentera tiga roda, ia dijual bermula RM293,900 untuk varian Tri Glide Ultra, manakala Freewheeler pada harga RM230,900.

#Harley-Davidson
;