Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Watch

Hello Kitty dan kaum hawa sukar dipisahkan

Public Anonymous User 20/03/2018 | 02:00 MYT
Warna merah jambu atau ‘pink’ sememangnya tidak pernah lari dikaitkan dengan kaum hawa.

Begitu juga dengan watak Hello Kitty kerana segelintir peminat kartun itu akan mengabdikan apa sahaja yang diminati dengan karakter animasi negara Jepun terbabit.

Contoh seperti peminat tegar watak ini dari Kampar, Perak, Nor Farhana Mohd Shamsuri, 32, bukan sahaja dari pakaian, perhiasan bilik tidur, patung, malah kereta kesayangannya turut diubah suai dan diabdikan tema Hello Kitty sehingga rakan-rakan menggelarnya dengan panggilan ' Ana Kitty'.

Jentera Proton Saga FLX warna putih binaan 2012 bersesaran 1,300 cc itu kelihatan unik selepas diubah suai dan dilekatkan dengan pelekat tema Hello Kitty.

Sudut luaran masih mengekalkan banyak komponen asal, namun penggunaan bampar hadapan rekaan Mitsubishi Evo 10.

Ia sekali gus mengubah penampilan jentera tetapi masih mengekalkan tema Hello Kitty dengan salutan warna pink dan putih.

Sudut dalaman jentera antara yang menarik di mana bukan sahaja kerusi dibaluti dengan material merah jambu dan putih, malah pelbagai jenis anak patung dan saiz Hello Kitty menghiasi ruang berkenaan.

Selain itu, sistem audio dinaik taraf apabila menggunakan pemain cakera jenama Pioneer dan alunan bunyi disalurkan melalui woofer 12 inci AD Audio dan subwoofer Expider.

Biarpun sistem audio yang dipasang tidak semegah jentera lain, tetapi ia tampak unik apabila dihiasi dengan tema kartun sama.

Menurut Nor Farhana, biarpun banyak suara sumbang mengecam tindakannya menghiasi kereta dengan tema itu, ia langsung tidak menghalang hobi dan minatnya kerana baginya ciptaan itu adalah satu seni.

"Jika dah minat apa pun jadi. Pedulikan kata orang kerana setiap orang ada cara dan seni tersendiri dalam menghargai sesuatu yang diminati," katanya.

Baca juga:

>>Ceriakan kereta anda dengan tayar Hello Kitty.

>>Honda Civic ES 1.7 Shin Rara.

>>Subaru WRX padat komponen berprestasi.

;