Antarabangsa

Honda Civic Facelift Tawar Tiga Varian Harga Bermula RM113,600

Erywan
26/02/2020
03:51 MYT
Sponsor Banner
Honda Civic Facelift Tawar Tiga Varian Harga Bermula RM113,600
Akhirnya, generasi ke-10 Honda Civic versi dipertingkatkan (facelift) dilancarkan secara rasminya pada hari ini.
Versi facelift itu masih hadir dengan tiga varian membabitkan dua enjin VTEC turbo menerusi varian 1.5 TC-P, 1.5 TC dan model asas 1.8L untuk 1.8S. Dari segi rangkaian kuasanya, ia masih menggunakan enjin 1.5 liter VTEC Turbocharged yang menyalurkan 173PS dan tork mencecah 220Nm.
Bagi enjin 1.8 liter NA pula, ia mengekstrak 141hp dengan tork setinggi 174Nm. Kedua-dua enjin itu dipadankan dengan transmisi CVT. Ini perincian baharu yang perlu tahu berhubung Civic facelift itu membabitkan:
1.Luaran, ia tampil lebih segar dengan tampak sporty dan lebih kemas selepas ia hadir dengan bampar hadapan dan belakang baharu, spoiler pada but belakang, jeriji kemasan hitam dan rim 18 inci baharu. 2.Dalaman, kini butang penyaman udara diletak pada skrin infortaimen. Sebelum ini, kawalan kelajuan angin dan suhu penyaman udara itu boleh dilaras pada skrin infortaimen itu. Selain itu, kerusinya juga hadir dengan corak baharu. 3.Ciri standard lain, ia didatangkan dengan pengilap cermin hadapan automatik, tempat duduk berkuasa dengan lapan talaan, Walk 'Away Auto Look' bagi semua varian. 4.Bagi memaksimumkan ruang karbo, Civic baharu datang dengan konfigurasi 60:40 pada kerusi belakang untuk meningkatkan lagi aspek praktikalitinya. 5.Jentera itu akan hadir dengan Kawalan Jauh Menghidup Enjin dan Brek Parkir Elektrik sebagai ciri standard, selain ciri baharu yang akan dipadankan adalah sensor hadapan. 6.Pada masa sama, ia ditawarkan dengan ciri keselamatan standard membabitkan enam beg udara, Bantuan Kestabilan Kenderaan, ABS, Pengagihan Brek Elektronik, Bantuan Brek, Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS), Bantuan Mula Mendaki (HAS), Camera undur pelbagai sudut dan Isofix tempat duduk kanak-kanak. 7.Warnanya pula, ia ditawarkan dengan perak, putih mutiara, kelabu, hitam. Pada masa sama, ia turut didatangkan warna baharu iaitu merah mutiara. 8.Civic baharu kini hadir dengan ciri Teknologi Keselamatan Terkini Generasi Baharu, Honda SENSING yang lengkap yang menawarkan keselesaan, kemudahan dan paling penting keselamatan. Ia hadir dengan ciri Adaptive Cruise Control (ACC), Low Speed Follow (LSF), Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW), Sistem Brek Pengelak Pelanggaran (CMBS), Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS), Road Departure Mitigation (RDM), Amaran Keluar Lorong (LDW) dan Lampu Tinggi Automatik (AHB).Ia akan hadir dengan ciri keselamatan inovatif iaitu kamera LaneWatch Honda untuk memberi pandangan yang lebih jelas bagi kawasan titik buta. Ciri itu sebelum ini ada pada model Honda Accord dan CR-V.
Harga mengikut varian:
  • Honda Civic 1.5 TC-P-RM139,600
  • Honda Civic 1.5 TC -RM129,00
  • Honda Civic 1.8 S -RM113,600
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar