Antarabangsa

Honda CR-V Baharu Buka Untuk Tempahan, Kini Dilengkapi Bukaan But Pengesan Kaki

Erywan
06/10/2020
10:20 MYT
Sponsor Banner
Honda CR-V Baharu Buka Untuk Tempahan, Kini Dilengkapi Bukaan But Pengesan Kaki
Honda Malaysia mengejutkan pasaran tempatan dengan membuka tempahan kenderaan utiliti sukan (SUV), CR-V baharu yang dijangka dilancarkan pada suku keempat tahun ini.
SUV bukan nasional paling laris ini bukanlah serba baharu, sebaliknya model facelift dengan beberapa pembaharuan yang dilakukan.
Pembaharuan luaran terutama pada bahagian hadapan, ia menggunakan gril serba hitam baharu, lampu depan LED, dan bampar hitam baharu dengan krom berbentuk sayap.
Di belakang juga terdapat sayap krom dan kemasan paip ekzos, selain dilengkapi dengan rim dwi-tona 18-inci baharu.
Ciri yang paling terkini, CR-V menerima ciri kemudahan baharu iaitu Hands-free Power Tailgate yang membolehkan anda membuka dan menutup pintu but dengan pengesan kaki di bawah bampar.
Prestasinya, ia masih mengekalkan penggunaan unit 1.5-liter VTEC Turbo yang menyalurkan 193hp dan tork setinggi 243Nm, iaitu bersamaan dengan output enjin 2.4-liter.
Bagi varian AWD, ia akan masih mendapat ciri Intelligent Control System yang mengagihkan tork optima pada roda belakang untuk cengkaman dan kawalan lebih baik.
Bahagian keselamatan, Honda CR-V dilengkapi Honda SENSING yang lengkap dengan lapan ciri membabitkan:
  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Low-Speed Follow (LSF)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Keeping Assist System (LKAS)
  • Auto High-Beam (AHB)
Tambahan itu, Honda LaneWatch dijadikan ciri standard pada CR-V, iaitu satu fungsi yang membolehkan pemandu memeriksa kawasan titik buta di sebelah kiri kenderaan.
Buat masa ini, harganya masih belum lagi diumumkan. Namun, anda sudah boleh membuat tempahan di 101 pengedar Honda di seluruh Malaysia.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar