Modifikasi

Honda Monkey Ini Guna Enjin 4 Silinder Sebaris CBR250R - Bunyi Padu Habis!

Erywan
10/07/2020
04:32 MYT
Sponsor Banner
Honda Monkey Ini Guna Enjin 4 Silinder Sebaris CBR250R - Bunyi Padu Habis!
Honda Monkey ini baru sahaja menerima kemasan kustom dari seorang Youtuber dengan nama 94 Impala SS.
Nampak ringkas namun pocket bike kustom itu dipadankan dengan barisan peralatan peringkat tertinggi yang terdiri daripada enjin empat silinder sebaris CBR250R, ekzos Akrapovic, brek Brembo dan suspensi Ohlins.
Siapa sangka Honda Monkey yang awalnya bersesaran 125cc dengan kuasa 8hp pada 7,000rpm dan tork 11Nm pada 5,250rpm kini sebaris dengan jentera sportbike suku liter. Menggunakan enjin 250cc, Honda Monkey itu kini mencapai kuasa 45hp pada 14,500rpm dan tork 23.5Nm pada 11,500rpm.
Tentunya dengan kuasa sedemikian pemilik perlu melakukan beberapa bahagian penambahbaikan. Jadi kemas kini dilakukan dengan komponen premium bermula dari frem yang membolehkan enjin 250cc dimuatkan ke dalam rangka motosikal.
Lalu bahagian suspensi menggunakan fork dari Ducati, manakala tangki minyak dan pelana masih menggunakan aksesori komponen asli.
Untuk menghentikan jentera, 94 Impala SS memilih master silinder Brembo bersama shock belakang Ohlins dan ekzos Akrapovic dan damper stereng.
Bagaimanapun difahamkan akan ada lagi komponen yang akan ditambah sebagai contoh tetapan brek dual cakera.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live