Antarabangsa
Honda MSX 125 Menyerlah Dengan Warna Baharu Harga RM9,357 Di Vietnam
Pertama kali diperkenalkan pada 2014, Honda MSX dikenali menerusi penggayaan yang rugged dengan badan kompak.
Terkini, Vietnam baru saja memperkenalkan warna baharu pada MSX tersebut.
Tiga pilihan warna menyerlah itu adalah merah, biru, kuning /hitam dan putih/merah itu dijual pada harga VND 49.99 juta (RM9,357). Bagaimanapun tiada kemas kini tambahan ditawarkan.
Berbanding pesaingnya Benelli TNT 125, Honda MSX didatangkan dengan sistem pencahayaan lampu depan LED dua peringkat untuk tampil sport, manakala lampu signal masih lagi menggunakan lampu jenis mentol halogen.
Versi baharu itu menampilkan logo Honda pada pelindung tangki minyak, lencana MSX pada pelindung depan nombor 125 di bahagian belakang.
Honda MSX masih lagi menggunakan janakuasa 125cc penyejukan udara yang menghasilkan kuasa 9.2hp pada 7,000rpm dan tork 10.6Nm pada 5,500 rpm.