Antarabangsa

Honda Vario 150 Hadir Warna Baru Dengan Corak Grafik Heksagon

Erywan
26/08/2020
09:03 MYT
Sponsor Banner
Honda Vario 150 Hadir Warna Baru Dengan Corak Grafik Heksagon
Bagi memberi imej lebih segar, Boon Siew Honda Sdn Bhd menawarkan Honda Vario 150 dengan tiga gabungan warna baharu dengan corak grafik heksagon yang lebih menarik di samping warna liveri Repsol.
Peneraju segmen AT itu ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Force Silver Metallic, Pearl Magellanic Black, Sword Silver Metallic dan juga Edisi Repsol.
Honda Vario 150 baharu sudah menjadi pilihan ideal untuk pengguna motosikal baharu mahupun yang berpengalaman, dalam pencarian pakej lengkap sebuah model motosikal automatik (AT).
Honda Vario 150 dikuasakan oleh enjin 150cc selinder tunggal 4-lejang sejukan cecair yang mampu menjana kuasa mengagumkan sebanyak 13.1PS pada 8.500 rpm dan menawarkan tork setinggi 13.4Nm pada 5.000 rpm.
Ia digabungkan dengan teknologi eSP (Enhanced Smart Power) dan Sistem Henti-melahu (Idling Stop System ISS) yang maju untuk meningkatkan kecekapan penggunaan bahan bakar.
Ciri-ciri keselamatan canggih yang terdapat pada model AT Honda ini menawarkan ketenangan fikiran bagi transmisi automatik menjadikannya begitu mudah dikendalikan.
Honda Vario 150 turut menawarkan dwi-lampu utama LED dan lampu ekor LED, panel meter digital LCD, Sistem Kunci Pintar Honda, peredam bunyi bergaya sport dengan penutup hujung aluminium, roda sport 14 inci dengan cakera brek berbentuk beralun dan ruang simpanan 18 liter di bawah tempat duduk.
Pada masa sama, Honda Vario 150 turut dilengkapi dengan sistem brek gabungan CBS (Combi Brake System) yang membantu dalam mengimbangkan daya sistem brek di roda depan dan belakang untuk mencapai standard hentian yang optimum.
Ia dijual bermula RM7,499 untuk warna Force Silver Metallic, Pearl Magellanic Black dan Sword Silver Metallic, manakala edisi Repsol berharga RM7,699.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar