Tempatan

Honda Winner X dan ADV 150, adakah ia masuk Malaysia?

Erywan
29/07/2019
09:38 MYT
Sponsor Banner
Honda Winner X dan ADV 150, adakah ia masuk Malaysia?
Dalam tempoh sebulan, Honda memperkenalkan dua model baharunya menerusi Honda Winner X dan ADV 150 yang masing-masing dilancarkan dua negara berasingan membabitkan Vietnam serta Indonesia.
Dua-dua model itu ditawarkan dua segmen berbeza menerusi moped dan skuter adventure yang membuatkan masyarakat Malaysia turut ‘kepanasan’ kerana tidak sabar menanti kehadiran jentera berkenaan.
Pelbagai spekulasi yang dibuat di media sosial yang mendakwa kehadiran motosikal itu bagi pasaran Malaysia.
Bagi kepastinyanya, drebar sempat bertanya dengan sumber dalaman Boon Siew Honda untuk mengetahui status sebenar kedua-dua model berkenaan.
Jawapan yang diberikan terlalu ringkas, “Masih terlalu awal untuk kami mengesahkan kemasukan model ini untuk pasaran tempatan”
Namun seperti model-model Honda yang lain, Malaysia boleh dikatakan negara terakhir di Asia Tenggara menerima jentera baharu jenama berkenaan.
Jadi, inilah masa yang sesuai untuk anda mengumpul duit bagi memiliki jentera itu. Apabila dilancarkan, terus ke kedai motosikal untuk bayar tunai.
Tidak perlu berhutang dalam tempoh dua sehingga tiga tahun untuk melunaskan bayaran motosikal berkenaan.
Bagaimanapun, dua model itu adalah model ‘hot’ yang boleh menaikkan semula jenama Honda di Malaysia. Jadi kami berharap, Boon Siew Honda tidak perlu menunggu lama untuk membawa masuk kedua-dua model itu ke pasaran Malaysia.Klik link di bawah untuk baca artikel lanjut:
>> Honda X-ADV 150 lancar di Indonesia dengan harga bermula RM9,899
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar