Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Tempatan

Hotel Buat Pencinta Automotif, Katil Dibina Guna Kereta Sebenar

Erywan 27/07/2021 | 04:26 MYT

Hotel adalah tempat penginapan berbayar untuk pelancong tidur atau berehat apabila mereka tidak berada di rumah, biasanya untuk jangka pendek.

Harganya pula bergantung kepada kondisi dan lokasi hotel itu berada, selain beberapa faktor unik membuatkan ia menjadi tumpuan umum.
Seperti hotel V8 ini, ia memiliki tema yang sesuai kepada peminat automotif. Ini kerana sebahagian daripada biliknya ditawar dengan tema untuk pencinta automotif, motosikal dan pesawat.
Hotel yang terletak di Stuttgart, Jerman, boleh dikatakan sesuai dengan tempat berkenaan yang mana kawasannya berada di sekelilingi beberapa jenama pengeluar automotif terkemuka seperti Porsche, Audi, Volkswagen dan banyak lagi.
Selain memiliki kamar konvensional, Hotel V8 mempunyai bilik dihiasi konsep automotif, mural dari sejarah perlumbaan dan tempat tidur kereta bersaiz penuh yang dibuat dari kenderaan sebenar.
Ada tempat tidur itu dibina dengan menggunakan sebahagian badan kenderaan seperti model Cadillac Coupe de Ville,Citroen DS, Jaguar dan Jeep, selain menggunakan beberapa kereta klasik dari BMW, serta Mercedes.
Sebahagian besar kenderaan masih mempunyai lampu yang berfungsi seperti BMW E36 M3 dengan liveri Liqui Moly dan Mini Cooper yang lebih baru dengan skema Gulf.
Berdasarkan carian kami di laman sesawang tempahan hotel, harganya antara RM728 sehingga RM1,006 berdasar pada tarikh Januari 2022.

;