Tempatan

Hyundai Staria Bakal Lancar Tahun Ini, Rekaan Inspirasi Kapal Angkasa

Erywan
22/03/2021
03:02 MYT
Sponsor Banner
Hyundai Staria Bakal Lancar Tahun Ini, Rekaan Inspirasi Kapal Angkasa
Dominasi pengeluar Jepun dalam segmen MPV nampaknya semakin lama semakin berkurangan akibat tekanan daripada jenama-jenama Korea Selatan. Jika tahun lalu Kia memperkenalkan Grand Carnival baharu, kini tiba giliran Hyundai pula untuk membawa taruhan mereka yang dikenali sebagai Staria.
Bakal dilancarkan sepenuhnya pada separuh pertama tahun ini, Staria adalah pengganti kepada Starex yang dibangunkan untuk kegunaan keluarga serta komersial. Reka bentuknya amat unik jika dibandingkan dengan model-model Hyundai sedia ada kerana menurut syarikat itu, ia diinspirasikan oleh kapal angkasa.
Tarikan utama Staria adalah jalur lampu nyalaan siang LED yang mendominasi bahagian hadapannya serta jeriji yang luas yang menempatkan lampu utama berbentuk blok. Rekaan bahagian belakang pula lebih ringkas, dengan sepasang lampu bermotifkan piksel yang diletakkan secara menegak sehingga ke bumbung.
Varian teratas dikenali sebagai Staria Premium dan ia boleh dibezakan menerusi beberapa elemen, termasuk kemasan berwarna gangsa yang menghiasi jeriji, logo, cermin sisi, pemegang pintu, bahagian bawah bampar hadapan dan belakang, serta rim.
Sementara itu, ruang dalaman MPV ini pula direka berdasarkan ruang rehat kapal pelayaran. Tidak cukup dengan penggunaan material yang mewah, rekaan tingkap panorama yang besar membuatkan ia terasa lebih luas dan selesa.
Bergantung pada varian, Staria didatangkan dengan panel instrumen digital yang diletakkan berhampiran dengan cermin, skrin sentuh infotainmen berukuran 10.25 inci dan pencahayaan ambien dengan 64 pilihan warna. Ia juga mempunyai tuil gear elektronik seperti yang terdapat pada Santa Fe.
Staria akan ditawarkan dengan beberapa pilihan konfigurasi tempat duduk dari dua untuk varian komersial hingga 11. Varian Premium dengan tujuh tempat duduk didatangkan dengan kerusi kapten yang mempunyi mod santai, manakala varian Premium dengan sembilan tempat duduk pula mempunyai tempat duduk yang boleh diputar 180 darjah untuk kedudukan seperti dalam bilik mesyuarat.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar