Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Antarabangsa

Ini bukan Karlmann King, tetapi Honda CR-V

Erywan 08/10/2019 | 03:01 MYT

Trend permintaan kenderaan utiliti sukan (SUV) di negara ini boleh dikatakan agak meningkat berbanding beberapa tahun lalu, ini boleh dilihat pengeluar automotif tempatan sendiri turut menawarkan segmen itu kepada masyarakat Malaysia.

Bagaimanapun, trend untuk mengubahsuai dalam segmen SUV mungkin agak tidak meriah berbanding model sedan, kompak atau hatchback.
Namun lain pula ceritanya di India apabila SUV daripada Honda iaitu CR-V diubah suai dengan secara yang unik seolah-olah ia tampil seperti Karlmann King. Buat pengetahuan anda, Karlmann King adalah SUV paling mahal di dunia apabila ia dijual pada harga kira-kira RM8 juta.
Bentuk luaran Honda HR-V meniru rekaan Karlmann King yang difahamkan panel badan itu dibuat material fabrik istimewa. Ia seolah-olah kelihatan seperti kulit durian, cuma diwarnakan hitam.
Jeriji hadapan juga menerima pembaharuan seperti Karlmann King, selain bampar hadapan kelihatan lebar berbanding standard.
Gerbang rodanya juga direka secara berpetak yang seperti pada model Karlmann King. Perbezaannya mungkin boleh dilihat adalah penggunaan rim dan tayar, selain menggunakan lampu Honda-CR-V di hadapan serta belakang.
Bagaimanapun, tiada maklumat lengkap berhubung enjin serta bahagian dalamannya. Cuma kami boleh katakan, ia satu hasil modifikasi yang luar biasa, tetapi segan untuk dipandu.

#Modifikasi #Drebar
;