Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Tempatan

Ini Bukan Kawasaki Ninja ZX-10R, Tetapi Xinshiji Finja 500

Erywan 02/06/2021 | 07:54 MYT

Nampak sama, tapi berbeza. Itulah ungkapan yang boleh dikatakan terhadap motosikal buatan China ini.

Dari segi bentuk, ia seakan-akan Kawasaki Ninja ZX-10R, namun ia sebenarnya adalah Xinshiji Finja 500. Nama Ninja pun, ditukar daripada huruf N kepada F. Macam pelik jer nak sebut!
Setiap sudut, penampilan Finja 500 boleh dikatakan mengambil rekaan Ninja ZX-10R. Malah, warna serta corak grafik pun kelihatan seakan-akan sama.
Bagaimanapun, penampilan Xinshiji Finja sedikit kasar pada bahagian tepi dengan beberapa perincian seperti celah panel tampak kurang sempurna.
Walaupun bentuknya tampak mantap, prestasinya tidaklah sehebat Ninja XZ-10R. Kalau mahu dibandingkan, ibarat langit dan bumi, memang jauh bezanya.
Bagi Finja 500 ini, ia dijana dua silinder sebaris yang mampu menyalurkan 49.3bhp. Fork hadapan juga, nampak hebat yang mempunyai tabung, cuma tidak pasti jenama apa yang digunakan. Adakah ia Showa?
Ciri lain, ia didatangkan dengan perumah lampu LED, instrumen digital yang mana harganya difahamkan dijual RM8,259 di pasaran China.

;