Antarabangsa
Ini bukan sebarang Bugatti Chiron
Studio talaan kenderaan popular Jerman, Mansory baru-baru ini menawarkan sebuah Bugatti Chiron untuk jualan. Ini bukan sebarang Chiron yang anda boleh dilihat dipandu golongan kaya.
Hypercar itu sudah melalui fasa modifikasi luaran yang agak agresif untuk meningkatkan kekuatan aerodinamik dan kereta itu dinamakan sebagai Mansory Centuria.
Kit badan yang digunakan diperbuat daripada gentian karbon dan menyaksikan pemasangan rekaan bampar baharu beserta peresap baru. Penutup ruangan enjin juga berwajah baru.
Rim hadapan bukan versi standard dan ia berukuran 20 inci serta dipadankan dengan saiz 21 inci di belakang.
Ruang dalam menyaksikan penukaran material kepada upholistri pada kerusi, stereng, panel pintu dan panel papan pemuka. Konsol tengah diubah agar kelihatan berbeza dengan model standard.
Cumanya, tidak ubah suai pada aspek mekanikal enjin. Ia masih dikuasakan dengan enjin 8 liter W16 dengan empat unit turbo. Masa pecutan enjin dikatakan 2.4 saat daripada titik pegun dengan kelajuan maksimum 420 kilometer sejam.
Bagaimanapun, harganya meningkat sebanyak 1.6 juta Euro (anggaran RM7.5 juta) kepada €4,250,000 (RM19.9 juta). Mahu membeli? Anda boleh lawat laman mobile.de untuk membuat pesanan.