Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Antarabangsa

Ini Bukannya Lamborghini Urus, Tetapi Toyota RAV4

Erywan 08/05/2020 | 08:25 MYT

Siapa sangka model yang anda sedang lihat ini asalnya merupakan model premium bukanlah super mewah peringkat kayangan.

Hasil sentuhan syarikat talaan Jepun, Albermo melakukan transformasi pada model kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota RAV4 menjadi seakan-akan Lamborghini Urus.
Toyota RAV4 XR51 Edition acah Lamborghini Urus ini menggunakan pakej kit badan Albermo dari bernilai ¥216,000 (RM 8,681) tidak termasuk kos pemasangan.
Pakej Albermo XR51 ini memfokuskan kepada perincian memperhalusi rekaan Toyota RAV4. Kit badan berkenaan didatangkan dengan bampar depan, gril inspirasi SUV Urus, manakala lampu utama dikekalkan.
Perubahan signifikan lain termasuklah logo Albermo menggantikan lencana Toyota. Tidak ketinggalan, pakej itu juga menawarkan beberapa pilihan lain seperti strip lampu nyala siang LED, gril sarang lebah dan spoiler belakang. Rekaan kabin dan enjin kekal sama tidak berubah.

;