Tempatan

Isuzu Sediakan Pengalaman Pelanggan Yang Lebih Selamat

Erywan
12/08/2021
04:30 MYT
Sponsor Banner
Isuzu Sediakan Pengalaman Pelanggan Yang Lebih Selamat
Pelanggan Isuzu Malaysia boleh menjangkakan pengalaman dan layanan yang lebih mesra serta selamat dalam era pandemik dan norma baru ketika ini, ketika negara sedang menuju kepada fasa pemulihan secara berperingkat seperti yang disaksikan sekarang.
Ketua Pegawai Operasi baru bagi Bahagian Kenderaan Perdagangan Ringan Isuzu Malaysia, Kenkichi Sogo menekankan bahawa sambutan yang diterima oleh Isuzu D-Max baru berjaya menarik perhatian dan minat pasaran dengan menyaksikan peningkatan mendadak tempahannya sejak tiga bulan lalu.
Menurutnya, ia sekali gus membolehkan Isuzu berada di kedudukan kedua dalam carta jualan walaupun dalam keadaan kawalan pergerakan yang dikenakan untuk keselamatan dan kesihatan semua.
"Pelancaran Isuzu D-Max terbaru dalam waktu pandemik telah memaksakan perubahan terhadap cara kami membawakan model baru kepada pelanggan berpotensi ketika ini.
“Dalam usaha untuk menyesuaikan cara kerja dengan keadaan baru ini, kami perlu sentiasa bersedia untuk beradaptasi terhadap situasi dan mencari jalan baru untuk memenuhi keperluan dan permintaan pelanggan," katanya.
Antara langkah diambil oleh Isuzu Malaysia adalah membangunkan pengalaman baru secara dalam talian, termasuk pameran augmented reality 360-darjah yang menawarkan kepada pelanggan perincian mendalam terhadap rekaan dan kelengkapan pada Isuzu D-Max serba baru sebelum mereka berkunjung ke bilik pameran.
Hampir semua alat bantu pembelian seperti pengira pinjaman hinggalah kepada kos penyelenggaraan tersedia secara interaktif dalam laman sesawang pickuptruck.isuzu.net.my, membolehkan pengunjung untuk membuat pilihan berdasarkan maklumat yang tepat sebelum membuat temujanji dalam talian bagi slot pandu uji.
Prosedur bagi servis dan penyelenggaraan kenderaan diperbaharui untuk meminimumkan tempoh menunggu serta memastikan aliran lebih lancar dan cekap terhadap jumlah kenderaan yang diterima untuk diservis dalam satu-satu masa.
Pelanggan digalakkan untuk membuat janji temu servis lebih awal bersama pengedar mereka untuk mendapatkan slot yang diinginkan.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar