Tempatan

Jam Tangan Fast & Furious Twin Turbo Ini Bernilai RM2.4 juta

Erywan
23/06/2021
05:57 MYT
Sponsor Banner
Jam Tangan Fast & Furious Twin Turbo Ini Bernilai RM2.4 juta
Sempena tayangan filem Fast and Furious 9, jenama jam tangan Switzerland Jacob & Co bergabung dengan Universal Studios untuk menghasilkan Fast & Furious Twin Turbo.
Jam tangan yang bernilai $580,000 (RM2.4 juta) itu hanya dibuat sembilan unit sahaja sempena jumlah filem itu ditayangkan sejak 20 tahun lalu.
Berdasarkan reka bentuknya, ia sesuai bagi mereka yang betul-betul berduit dan mempunyai minat mendalam berhubung kereta.
Apa yang menariknya, dalam jam berkenaan mempunyai dua kereta iaitu seakan-akan Toyota Supra dan Dodge Challenger dalam filem pertama Fast and Furious.
Pada masa sama mempunyai wanita yang memegang dua bendera ‘checkered flag’ dan tertera tulisan Fast and Furious.
Jam tangan mewah itu dilengkapi material titanium dan sarung karbon serta mengandungi turbillon berkembar tiga paksi berputar pada kelajuan 24, 48 dan 180 saat di sepanjang tiga paksi putaran.
Jacob & Co turut melengkapkan versi jam tangan Twin Turbo versi Fast & Furious dengan tali kulit hitam yang disertakan dengan buckle lipat titanium.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar