Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Tempatan

Ken Block Sertai Audi Untuk Kembangkan Kenderaan Elektrik Masa Depan

Erywan 29/09/2021 | 03:48 MYT

Selepas meninggalkan Ford, akhirnya pelumba profesional, Ken Block mengumumkan pasangan baru dengan bergabung pengeluar automotif jenama Jerman, Audi.

Gabungan itu bakal membantu untuk mengembangkan kereta elektrik masa depan untuk Audi.
Beliau memaklumkan bahawa penyertaan dengan Audi untuk menunjukkan mobiliti elektrifikasi dengan cara yang baru dan menghiburkan.
“Audi sudah melakukan cara yang luar biasa untuk mengemudi kenderaan mereka ke masa depan,” katanya.
Block yang mencipta nama sebagai pemandu rali sejak 2005. Namun, pelumba berusia 53 tahun itu terkenal di seluruh dunia kerana videonya yang cukup unik dengan memandu kenderaan pada tahap ekstrems di lokasi ikonik.
Difahamkan, Audi juga sudah mempunyai rancangan untuk menjalankan kereta rali RS Q E-Tron barunya di Rali Dakar pada Januari ini.
Untuk membuat pengumuman itu, Block melancarkan video baharunya di YouTube yang mendokumentasikan pengalamannya di Jerman dengan didedahkan sejarah Audi.
Pada masa sama, beliau juga sempat memandu Audi RS E-Tron GT, cuma ia sekadar memandu cara biasa dan dilarang untuk melakukan aksi drift.

#Audi #Block #Ken
;