Kenali Ciri Baharu Yamaha NVX 2021 Dengan Fungsi Y-Connect, Harga Bermula RM8,998
Hong Leong Yamaha Motor melancarkan skuter popularnya menerusi NVX 2021 dengan dua varian membabitkan Standard dan ABS, selain menjadi model pertama di Malaysia yang dilengkapi ciri Y-Connect.
- Status semasa bateri dan minyak enjin
- Status penggunaan bahan api
- Mengenal pasti lokasi terakhir motosikal
- Peringatan servis
Yamaha NVX itu juga didatangkan dengan panel instrumen LCD digital baharu yang mana Y-Connect itu boleh memberi notifikasi pesanan ringkas dan panggilan tidak dijawab.
Ciri baharu lain yang ada pada Yamaha NVX itu juga membabitkan:
Selain itu, ia menggunakan tangki bahan api yang lebih besar iaitu 5.5 liter berbanding sebelum ini hanya 4.6 liter. Jarak yang boleh ditunggang dengan kapasiti bahan api itu boleh mencecah 200km.
Bagi kedua-dua varian itu, ia dipadankan dengan sistem Stop & Start yang mana enjin dimatikan apabila skuter berhenti di lampu isyarat untuk jimat minyak.
Skuter baharu itu akan berada di pengedar Yamaha pada Mei ini yang mana harga cadangan adalah RM8,998 untuk varian Standard, manakala ABS dijual pada RM10,988.