Tempatan

Kilang Mercedes-Benz Malaysia satu-satu di Asia Tenggara menghasilkan kenderaan pemanduan kiri dan kanan

Erywan
22/08/2019
07:51 MYT
Sponsor Banner
Kilang Mercedes-Benz Malaysia satu-satu di Asia Tenggara menghasilkan kenderaan pemanduan kiri dan kanan
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) mencipta kejayaan baharu apabila menjadi satu-satunya kilang pemasangan pertama di Asia Tenggara yang menghasilkan kereta untuk pemanduan kiri dan kanan.
Ini menjadi satu pencapaian baharu buat MBM selepas syarikatnya bakal mengeskport kenderaan yang dipasang di kilang Pekan, Pahang bagi pasaran Filipina bermula bulan ini.
President dan Ketua Pegawai Eksekutif MBM, Dr Claus Weidner berkata, mengeksport kenderaan ke Filipina adalah satu inisiatif baharu pihaknya untuk pasaran Asia Tenggara.
Menurutnya, model pertama yang akan dihantar ke Filipina membabitkan model Mercedes-Benz C 180 dimana permintaan kenderaan segmen premium di negara berkenaan semakin berkembang.
“Selain Filipina, kami juga akan menerokai pasaran Asia Tenggara lain dan ia bergantung kepada permintaan kenderaan di negara berkenaan,” katanya di pengeluaran Mercedes-Benz Malaysia Pekan meraikan sambutan ulang tahun 15 tahun, di sini hari ini.
MBM juga meraikan kejayaan bersejarah dengan pelancaran unit ke-100,000 yang dipasang di kilang Pekan, Pahang.
Pada masa sama, MBM mempamerkan peningkatan teknologi di kemudahan pengeluaran sedia ada di Pekan sebagai sebahagian daripada komitmennya di Malaysia.
Mengenai naik tafaf kilang itu, Weidner berkata, kapasiti yang ada, pihaknya boleh meningkatkan jumlah pengeluaran kenderaan di Malaysia selepas menghasilkan 10,000 kenderaan di Pekan pada tahun lalu.
“Ini adalah masa yang tepat untuk langkah seterusnya dan meningkatkan strategi kerana kami kerana Malaysia masih lagi pasaran penting pada masa akan datang," katanya.
Beliau berkata, kilang itu kini dilengkapi dengan ciri teknologi termaju dan kemudahan pengeluaran secara automatik selaras dengan komited Mercedes-Benz untuk proses pengeluaran berteknologi moden.
“Sejak 15 tahun lalu, pihaknya sudah melabur lebih RM300 juta untuk kilang berkenaan sejak 2004 yang kini juga mempunyai 1,300 pekerja.
“Sehingga kini, kami mengeluarkan lima model membabitkan 13 varian Mercedes-Benz termasuk versi berprestasi membabitkan Mercedes-AMG C43 dan GLC 43,” katanya.
Ketika ditanya dengan pengeluaran kenderaan elektrik di negara ini, beliau berkata, MBM sedang menunggu Dasar Automotif Kebangsaan 2019, yang dijadualkan pada bulan September, dan melihat apa yang dikatakan peraturan itu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar