Antarabangsa

Klassen Tawar Range Rover Limosin Kalis Peluru, Sesuai Untuk Pemimpin Negara

Erywan
14/05/2020
08:40 MYT
Sponsor Banner
Klassen Tawar Range Rover Limosin Kalis Peluru, Sesuai Untuk Pemimpin Negara
Syarikat talaan Jerman, Klassen sebenarnya sudah terkenal dengan mengubahsuai Mercedes-Benz dan Maybach kepada tahap yang lebih-lebih mewah.
Selain daripada mengubahsuai kenderaan buatan Jerman, Klassen turut melakukan ubah suai terhadap jenama lain seperti Lexus, Bentley, Rolls-Royce dan Range Rover.
Bagaimanapun, model Range Rover yang anda lihat ini bukan setakat diubah suai supaya lebih mewah, tetapi dipanjangkan menjadi model SUV limosin. Ia dipanjangkan sehingga 1 meter (m) yang menjadikan panjangnya mencecah sehingga 6.2 m dengan jarak roda mencatatkan 4.2 m.
Di ruang dalaman pula, Range Rover itu mempunyai empat tempat duduk yang mana ia boleh dikonfigurasi dengan beberapa posisi sama bertentangan antara sama lain. Selain itu, ia turut ditawarkan dengan pilihan dua kerusi sahaja untuk memberi ruang kaki yang lebih luas serta dilengkapi dengan skrin digital.
Apa yang lebih menarik, SUV limosin itu sebuah kenderaan kalis peluru pada peringkat VR8. Ia mampu menahan peluru kaliber 7.62mm dengan jarak sehingga 10 meter. Bagi membuatkan jentera ini lebih baik, ia dipadankan dengan tayar kalis peluru.
Untuk memilikinya, sudah pastinya ia tidak murah kerana ia dijual 750,000 euro (RM3.5 juta) dengan penuh semua opsyen.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar