Modifikasi

Kos Naik Taraf Toyota Vios Versi Facelift Thailand Ini Tidak Sampai RM10,000

Erywan
01/07/2020
04:48 MYT
Sponsor Banner
Kos Naik Taraf Toyota Vios Versi Facelift Thailand Ini Tidak Sampai RM10,000
Sekali imbas, ia kelihatan seolah-olah seperti Toyota Corolla Altis yang sebelum ini dilancarkan bagi pasaran Malaysia.
Bagaimanapun, bentuk dan saiznya adalah sedikit kecil jika mahu dibandingkan dengan Toyota Corolla Altis dan ia sebenarnya adalah Toyota Vios.
Ternyata Toyota Vios ini sangat berbeza dengan model-model yang ada di jalan raya di Malaysia. Ini berikutan ia menerima pembaharuan dari segi kosmestik luaran dengan menggunakan kit badan Toyota Vios facelift untuk pasaran Thailand.
Ubah suai itu dilakukan kerana Toyota Vios facelift seperti itu tidak dibawa masuk untuk pasaran Malaysia ketika ini. Jadi pemilik kenderaan ini mengambil inisiatif untuk menaik taraf kepada versi Thailand supaya kelihatan lebih cantik dan unik.
Secara keseluruhan, apa yang boleh dikatakan versi Thailand Style ini memang menarik biarpun penampilannya adalah standard dengan ditambah kit aksesori lain.
Bagi menaik taraf Toyota Vios ini, kosnya tidak melebihi RM10,000 dan apa yang ditukar adalah beberapa komponen badan termasuk bampar hadapan dan belakang serta perumah lampu.
Untuk memasang komponen itu, ia tidak terlalu sukar kerana ia hanya ‘plug and play’, tetapi perlu mengambil masa untuk proses mengecat dalam masa beberapa hari.
Bagi tampak lebih sporty dan ranggi, rim asal ditukar dengan Enkei RPF1 bersaiz 15 inci dan suspensi direndahkan. Selain itu, ia menggunakan bonet gentian karbon Akana serta fender sisi yang mempunyai lubang udara.
Menjengah ruang kabinnya pula, semua kelihatan masih lagi standard cuma yang ditukar adalah kerusi. Tempat duduk itu menggunakan kerusi Recaro SR3 untuk bahagian penumpang dan pemandu, ternyata kombinasinya cukup kemas.
Apa patut dibanggakan, Toyota Vios ini adalah versi manual dan ini membuktikan pemiliknya adalah kaki kereta yang sebenarnya.
Bahagian enjinnya, tiada apa-apa perubahan yang dilakukan dan ia masih dalam stok kilang. Apa yang dinaik taraf adalah sistem ekzos dengan peredam JS Racing S Flow dan bunyinya yang dihasilkan tidak terlalu kuat.
Kesimpulan boleh dikatakan, kombinasi kosmetik dan penampilan pada jentera ini ternyata ia mempunyai daya pemikat yang tersendiri.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024