Antarabangsa

Kotak Simpanan Bumbung Mercedes-AMG, Tidak Seburuk Yang Disangka

Erywan
06/10/2020
03:59 MYT
Sponsor Banner
Kotak Simpanan Bumbung Mercedes-AMG, Tidak Seburuk Yang Disangka
Golongan pemilik kereta Mercedes-AMG lebih-lebih lagi versi coupe yang gemar memandu ke luar bandar pada hujung minggu kerap berdepan masalah ruang simpanan barang.
Ramai pemilik kereta berprestasi ini tidak akan memasang kotak simpanan aftermarket berbentuk sampan terbalik di atas bumbung, amat buruk bagi sesuatu kereta mewah seperti Mercedes-AMG.
Namun, masalah ini nampaknya sudah selesai kerana AMG sudah ada kotak simpanan 'sampan terbalik' sendiri. Kotak kargo ini direka dengan penekanan pada konsep aero seperti peresap menyalur keluar udara dengan lebih efisien.
Produk ini dicipta khas untuk semua kenderaan Mercedes. Menurut laporan, Mercedes-AMG ada menawarkan dua pilihan kotak simpanan bumbung. Varian pertama, direka untuk model coupe seperti C63. Kotak ini direka untuk memadankan bentuk mengikut garisan bumbung. Ini membolehkan aliran udara lebih lancar, kurang seretan dan tidak menghasilkan bunyi angin bising.
Kotak simpanan AMG boleh menempatkan barang seberat 70 kilogram dengan keluasan 410 liter. Bagaimanapun, bumbung kereta C63 mungkin tidak mampu tampung berat sehingga kadar itu dan setiap pemilik perlu ketahui syarat tetapan dan sekatan membabitkan berat bumbung bagi kenderaan masing-masing.
Kotak bumbung AMG ini memberi manfaat kepada kereta coupe atau model Mercedes yang lebih kecil. Ia boleh digunakan untuk model kenderaan utiliti sukan atau wagon AMG yang lebih besar.
Pemasangan kotak simpanan ini mudah kerana ia menggunakan sistem clamping. Walaupun bersifat aerodinamik, Mercedes mengesahkan kotak ini cuma sesuai untuk pemanduan tidak lebih 130 kilometer sejam.
Mercedes-AMG belum mengumumkan harga untuk kotak simpanan bumbung ini tetapi anda boleh membelinya dari Mercedes atau rakan niaga Mercedes bermula November ini.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar