Antarabangsa

KTM Tumpu Kenderaan 4 Roda, Hasilkan X-Bow GTX Dengan Lebih 600hp

Erywan
09/03/2020
02:05 MYT
Sponsor Banner
KTM Tumpu Kenderaan 4 Roda, Hasilkan X-Bow GTX Dengan Lebih 600hp
KTM nampaknya enggan ketinggalan dalam dunia kenderaan roda empat selepas banyak menumpukan fokus kepada pengeluaran motosikal dan sukan rali roda dua.
Baru-baru ini, syarikat dari Austria itu mendedahkan sebuah model kereta sport baharu yang dipanggil X-Bow GTX. Mungkin ada yang tidak tahu, KTM sebenarnya ada menghasilkan kereta iaitu X-Bow. Model baharu X-Bow GTX ini mampu menghasilkan lebih 600hp dan adalah model sport keluaran sesuai untuk kegunaan di litar.
KTM X-Bow GTX ini menggunakan enjin jenis Audi lima silinder 2.5 liter TFSi dan trenkuasanya menghasilkan kuasa dua kali ganda berbanding X-Bow versi R iaitu 300hp. Keluarga X-Bow sebelum GTX meminjam enjin Audi empat silinder berkapasiti 2 liter. Varian dalam siri X-Bow dengan enjin 2.0L terdiri daripada X-Bow GT4, X-Bow RR, X-Bow R dan X-Bow GT.
Syarikat Austria itu mengesahkan model GTX dicipta dengan kombinasi teknologi sukan bermotor dan binaan berasaskan material ringan, memiliki berat 1 tan. Model ini nampaknya akan bersaing dalam sukan lumba kelas GT2 dalam perlumbaan SRO. X-Bow direka dengan kerjasama firma KISKA Design, Audi, Reiter Engineering dan casisnya pula dihasilkan oleh syarikat Dallara.
Sepanjang tempoh 12 tahun lalu, KTM sudah menjual lebih 1,300 unit kereta ke pasaran dunia dan ada beberapa unit X-Bow di Malaysia. KTM juga belum mendedahkan spesifikasi jentera GTX termasuk harganya dan ia dijangka diumumkan dalam masa terdekat.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar