Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Tempatan

Kurang pasti apa fungsi dan keupayaan Ranger Raptor, anda boleh sertai datang ke bengkel ini

Erywan 04/09/2019 | 02:00 MYT
Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia mengumumkan ‘Bengkel Deep Dive Ranger Raptor’ – inisiatif secara percuma untuk memberikan pengetahuan mendalam kepada pelanggan baru dan sedia ada tentang kefungsian dan keupayaan Ranger Raptor.
Dikendalikan oleh pakar permotoran berpengalaman, peserta akan belajar tentang bagaimana untuk memaksimumkan pelbagai ciri dan fungsi teknologi tinggi yang terdapat pada Raptor.
Ini termasuk mengajar peserta tentang bila dan bagaimana untuk menggunakan Sistem Pengurusan Permukaan (TMS) trak – sistem canggih yang menawarkan enam mod pemanduan pra-set untuk menakluki apa jua permukaan dengan sekadar putaran dail sahaja.
Peserta akan turut memahami aspek kejuruteraan trak dan bagaimana ia diterjemahkan kepada pemanduan yang dinamik – trek yang lebih luas, ketinggian yang ditingkatkan, dapra lebar, suspensi perlumbaan FOX Racing Shox, tayar yang lebih besar dan lebar dengan plet hentaman bawah yang besar.
Bagi memastikan bengkel yang efektif, pendekatan dengan kumpulan yang kecil tidak melebihi 10 peserta dipraktikkan. Peserta juga digalakkan untuk menjemput sahabat handai menghadiri bengkel bagi mendapatkan promosi "Refer-a-Friend".
Promosi itu membolehkan peserta menerima kad petrol bernilai RM500 sekiranya rakan-rakan mereka membeli sama ada Ranger WildTrak atau Ranger Raptor.
Pelanggan yang membawa anak tidak perlu risau, ini kerana sudut kanak-kanak akan disediakan supaya ibu-bapa berpeluang untuk turut sama terlibat di dalam bengkel atau pun perbincangan.
Tarikh dan lokasi sembilan ‘Bengkel Deep Dive Ranger Raptor’ adalah seperti berikut:
#Ford #Ranger #Drebar
;