Lagi kereta tak siap untuk dijual! Harga lebih RM80,000
Bagi mereka yang ada kelapangan dan minat memasang kereta, ini ada satu projek menarik membabitkan sebuah Porsche 911T tahun 1973.
Kereta ini dibeli oleh pemiliknya kira-kira empat tahun lalu untuk menjalankan kerja-kerja penambahbaikan dan modifikasi.
Projek kereta separa siap atau suku siap ini kini mahu dijual oleh pemiliknya menerusi seorang pengedar di Texas.
Tambahan lain ialah sijil Porsche Production Specifications mengesahkan enjin itu adalah milik jentera jenama Jerman ini.
Tingkap cemin bahagian pemandu dan panel cermin tepi penumpang hadapan sudah dipasang. Cermin lain belum dipasang, tetapi akan diberikan sekali dengan kereta ini.
Odometer asal menunjukkan kereta ini sudah dipandu sejauh 49,000 kilometer. Enjin 2.7 liter kereta Porsche berkenaan perlu dibaik pulih disebabkan tempoh masa lama tidak digunakan.