Antarabangsa

Lamborghini Montreal Tawar Countach Umur 30 Tahun Dengan Harga RM2.45 Juta, Baru Pandu 135KM!

Erywan
06/04/2020
06:40 MYT
Sponsor Banner
Lamborghini Montreal Tawar Countach Umur 30 Tahun Dengan Harga RM2.45 Juta, Baru Pandu 135KM!
Premis Lamborghini Montreal di Kanada kini menawarkan seunit Lamborghini Countach tahun 1990 status terpakai dengan cuma dipandu sejauh 135 kilometer berdasarkan paparan pada odometer.
Paparan maklumat mengenai supercar mewah Itali itu tidak sepenuhnya, cuma dikatakan Countach ini sudah berusia 30 tahun dan adalah unit Edisi Ulang Tahun ke-25 (Anniversary Edition).
Sebanyak 658 unit Anniversary Edition ini dikeluarkan oleh Lamborghini dan model ini pula keluar daripada kilang pada tahun terakhir produksi Countach.
Countach dilancarkan pada 1974 dan sejak itu, Lamborghini cuba memberi nafas baharu pada setiap generasi untuk memastikan ia tetap segar serta menjadi pilihan pelanggan.
Bagaimanapun, model ini dikatakan mempunyai rekabentuk keterlaluan. Produk tahun 1990 ternyata jauh berbeza dengan lakaran Countach asal oleh Marcello Gandini. Model 1991-an ini ada tambahan skup, spoiler dan arca roda.
Model Anniversary Edition ke-25 ini memiliki bentuk bampar depan dan belakang berbeza, dengan adanya reka bentuk bolong udara baharu. Bampar hadapan juga agak besar untuk membantu ia lulus ujian standard pelanggaran.
Ia sebenarnya hasil rekaan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Pagani, Horacio Pagani yang pada masa itu bekerja di Lamborghini.
Enjin Lamborghini ini ialah jenis 5.2 liter V12 yang menghasilkan 455hp dan dipasang kotak gear lima kelajuan manual. Tayar belakang adalah sebesar 345/35ZR15. Kereta ini boleh mencapai kelajuan maksimum 295 kilometer sejam.
Lamborghini Montreal meminta bayaran C$799,900 (RM2.45 juta) jika mahu membawa balik Countach ini.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar