Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Tempatan

Land Rover Defender Terokai Guna Sel Bahan Api Hidrogen

Erywan 18/06/2021 | 03:13 MYT

Diperkenalkan pada September 2019, Land Rover Defender boleh didapati dengan dua pilihan enjin diesel dan dua enjin petrol. Kemudian pada awal tahun ini, versi berprestasi tinggi yang dikuasakan oleh enjin supercharged 5.2-liter V8 dilancarkan. Kini, Land Rover sedang meneroka potensi untuk menambah varian sel bahan api hidrogen atau FCEV.

Bagi tujuan itu, Land Rover membangunkan sebuah prototaip Defender yang akan diuji secara menyeluruh di bawah satu projek yang dikenali sebagai Project Zeus. Ia adalah sebahagian daripada sasaran Jaguar Land Rover untuk mencapai emisi sifar menjelang 2036, selaras dengan strategi Reimagine syarikat itu yang diumumkan pada bulan lalu.
Perincian teknikal mengenai prototaip itu tidak didedahkan, namun menurut syarikat itu, projek ini ditaja Advanced Propulsion Centre, sebuah organisasi pembangunan teknologi trenkuasa yang dibiayai oleh kerajaan United Kingdom.
Selain itu, Land Rover menjalinkan kerjasama dengan beberapa rakan teknikal yang lain seperti Delta Motorsport, AVL, Marelli Automotive Systems dan UK Battery Industrialisation Centre (UKBIC) bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan prototaip terbabit.
Ujian yang akan dilakukan menjelang akhir tahun ini akan membolehkan jurutera Land Rover untuk memahami bagaimana trenkuasa hidrogen boleh dioptimumkan untuk mencapai standard prestasi termasuk jarak pemanduan, kapasiti tunda dan pemanduan off-road, seperti yang diharapkan oleh pelanggan jenama itu.
Secara asasnya, FCEV berupaya menjana tenaga elektrik tanpa sebarang pembakaran. Tenaga itu kemudiannya akan disalurkan kepada motor elektrik yang menggerakkan kenderaan. Antara kelebihannya adalah pengisian semula yang cepat, kepadatan tenaga tinggi serta kehilangan jarak pemanduan minimum walapun dalam keadaan cuaca sejuk.
Menurut Jaguar Land Rover, ramalan mengatakan bahawa jumlah FCEV akan meningkat kepada 10 juta unit menjelang 20

#Land #Rover
;