Tempatan

Lexus ES250 generasi ketujuh yang paling selamat kini dibuka untuk tempahan

Erywan
02/07/2019
03:39 MYT
Sponsor Banner
Lexus ES250 generasi ketujuh yang paling selamat kini dibuka untuk tempahan
Sejak 30 tahun lalu, sudah lebih 2.3 juta Lexus ES dijual pada peringkat global, sekali gus menjadi model paling sukses jenama kenderaan premium dari Jepun itu.
Bagi model generasi ketujuh, Lexus sekali lagi menghasilkan model yang terbaik dalam kelasnya dengan tahap lebih baru membabitkan kemasan, prestasi dan ciri keselamatan,
Menerusi model Lexus ES250, ia kini menyerlah dengan rekaan luaran dinamik yang mengalir dari hadapan hingga ke belakang seolah-olah kelihatan seperti kenderaan coupe.
Biarpun bumbungnya kelihatan lebih rendah, ruang kabin Lexus ES250 baharu lebih luas berbanding versi sebelumnya.
Ini kerana casisnya kini lebih panjang dan lebar sekali gus memberi manfaat kepada keluasan ruang kaki belakang. Tempat duduk belakang juga dilengkapi ciri yang boleh dibaring yang ada pada varian tertinggi.
Bagi pasaran Malaysia, dua varian bakal ditawarkan membabitkan Luxury dan Premium. Bagi varian tertinggi menawarkan tahap kemasan lebih baik, selain dilengkapi ciri kerusi hadapan 10-ubah, kerusi belakang yang boleh dibaring, kawalan suhu 3-zon, paparan heads-up, paparan Electro Multi-Vision 12.3 inci pada konsul tengah dan bumbung panoramik.
Bagi menjadi sebuah jentera premium yang lebih selamat, kedua-dua varian itu kini ditawarkan ciri Lexus Safety System + (LSS+).
Pakej bersepadu sistem keselamatan berkenaan direka untuk mendorong kesedaran pemandu, membantu membuat keputusan dan mengawal operasi kenderaan dalam julat kelajuan yang luas dan pelbagai keadaan. Ciri utama LSS+ membabitkan:
  • Sistem Pra-Perlanggaran (PCS) dengan Bantuan Brek Pra-Perlanggaran,
  • Bantuan Pengesan Lorong (LTA)
  • Amaran Pertukaran Lorong (LDA).
  • Bantuan Belokan Aktif (ACA)
  • Kawalan Melayar Radar Dinamik (DRCC)
Pada masa sama, lampu hadapan kini hadir ciri 3 Bi Beam LED, bagi varian Luxury pula ditambah Sistem Lampu Tinggi Adaptif. Ia berfungsi dengan mengagih pencahayaan yang lebih terang kepada kawasan gelap, jika mengesan lampu hadapan, pencahayaan dikurangkan di kawasan itu.
Lexus ES250 yang menggunakan enjin 2.5 liter dengan kotak gear lapan kelajuan Direct Shift kini boleh ditempah di pusat pameran Lexus di seluruh Malaysia. Ia ditawarkan tujuh pilihan warna luaran, manakala dua untuk bahagian dalamanan.
Harga atas jalan tanpa insurans:
  • Lexus ES250 Premium-RM299,888.
  • Lexus ES250 Luxury-RM332,888.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024