Antarabangsa

Liberty Walk Tampilkan Nissan GT-R Dengan Kit Badan Lebar Gentian Karbon Kering

Erywan
20/01/2020
07:10 MYT
Sponsor Banner
Liberty Walk Tampilkan Nissan GT-R Dengan Kit Badan Lebar Gentian Karbon Kering
Sepanjang pengenalan Nissan GT-R R35 sejak 12 tahun lalu, supercar Jepun itu tidak pudar popularitinya dan kekal sebagai model ikonik.
Itu mungkin antara sebab mengapa firma binaan dan talaan terkenal Jepun, Liberty Walk gemar mencipta kelainan pada GT-R R35. Mereka muncul dengan pakej kit badan lebar berharga AS$73,570 untuk GT-R R35 pada Pameran Tokyo Auto Salon baru-baru ini. Kit badan itu membabitkan penggunaan gentian karbon kering (dry carbon).
Ada juga pakej lebih murah iaitu jenis ERP dengan harga serendah AS$34,020. Bagi pakej kit badan lebar CFRP dan FRP pula, harganya cuma AS$43,960. Harga untuk dry carbon itu menyamai harga sebuah Nissan GT-R baharu manakala pakej paling murah pula bernilai seperti GT-R terpakai.
Kereta itu dipercayai menggunakan sistem suspensi angin, rim dan tayar baharu, sistem ekzos titanium dan kemungkinan ada talaan semula enjin oleh Liberty Walk. Nampaknya model ini sudah menggunakan radiator besar dan turbo baharu.
Sumber: Autoevolution
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar