Tempatan

Marc Marquez Tolak Gaji Honda

Erywan
16/02/2021
03:59 MYT
Sponsor Banner
Marc Marquez Tolak Gaji Honda
Sejak mengalami kecederaan pada bahagian tangan musim lalu, keadaan Marc Marquez masih lagi tidak diketahui dan tentunya situasi itu membuatkan kondisi beliau cukup tertekan.
Namun, tidak sebenarnya, juara dunia MotoGP (2019) terbabit menyatakan dia ikhlas tidak menerima gaji selama satu musim penuh kerana merasakan dirinya tidak menyumbang apapun pada Honda.
Musim MotoGP (2020) yang lalu Marc tidak berlumba hampir 13 pusingan yang akhirnya terpaksa melepaskan peluang bergelar juara dunia sekali lagi tahun lalu.
Tentunya keadaan yang tidak pernah terbayangkan oleh baby alien itu mengambil kira sebelum ini dia kembali berlumba selepas beberapa kali mengalami kecederaan ekstrem akibat terbabas dalam perlumbaan. Namun, tahun lalu dia tidak bernasib baik walaupun cuba menunggang selepas mendapat kelulusan dari doktor.
Pelumba HRC itu berasa tidak selesa apabila diberikan gaji penuh dari Honda pada ketika pelumba lain mengalami banyak pemotongan akibat Covid-19.
Justeru itu, menurut maklumat Marc sudi tidak menerima gaji pada 2020 supaya lebih adil. Bagaimanapun, Honda menolak permintaan Marc kerana mereka menganggap pelumba terbabit sudah banyak berjasa sehinggakan mereka berjaya menguasai perlumbaan MotoGP selama beberapa tahun.
Disebabkan itu, Marc menerima gaji penuh tanpa ada pengurangan. Dan jelas ini keadaan yang luar biasa kerana pada ketika pengeluar lain memotong gaji pelumba kerana Covid, namun Honda tidak.
Difahamkan pelumba Sepanyol terbabit menerima gaji dianggarkan bernilai €15 juta (RM69 juta) setahun. Walaupun angka disebutkan itu mungkin tidak benar-benar tepat, tetapi tidaklah jauh terpesong daripada jumlah asal.
Bahkan kontraknya bersama Honda sehingga 2024 dan sehingga kini tiada pengesahan adakah Marc akan berlumba untuk musim ini.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar