Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Tekno

Maserati Bakal Perkenalkan Enjin Nettuno Yang Guna Teknologi F1

Erywan 02/07/2020 | 07:13 MYT

Maserati menghasilkan enjin baharu mereka, Nettuno dengan menggunakan teknologi jentera Formula Satu (F1) yang akan dilancarkan pada September ini.

Enjin untuk kenderaan super sportscar itu direka di kemudahan Maserati di Modena, Itali yang akan diletak pada model baharu iaitu MC20.
Operasi itu adalah strategi Maserati dalam menyiapkan dan melancarkan model MC20 baru, sebuah projek yang mana ia dibina 100 peratus di Modena.
Rangkaian kuasa 3 liter dengan kongfigurasi V90 ° enam silinder itu turut dilengkapi turbo berkembar yang menghasilkan 621hp pada 7,500rpm serta tork setinggi 730Nm bermula 3,000rpm.
Setiap kebuk pembakaran mempunyai palam pencucuh berkembar yang mana teknologi itu berasal daripada jentera F1. Ia juga adalah buat pertama kalinya diperkenalkan untuk kenderaan di jalan raya biasa.
Buat masa ini, Maserati tidak mendedahkan kotak gear apa yang bakal digunakan pada enjin berkenaan.
Spesifikasi Enjin:

#Maserati
;