Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Tempatan

Maserati Mempersembahkan MC20 di Pebble Beach Concours Elegance, Ini Enam Ciri Anda Perlu Tentangnya

Erywan 18/08/2021 | 09:09 MYT

Maserati melancarkan kenderaan era baharunya menerusi MC20 pada acara tahunan Pebble Beach Concours Elegance, Amerika Syarikat baru-baru ini. Ia sebagai pengenalan kepada model kereta sport dua tempat duduk dengan enjin berada di tengah.

MC20 memiliki saiz yang lebih kecil, berukuran 4,669 mm panjang, 1,965 mm lebar dan 1,221 mm tinggi, dengan jarak roda 2,700 mm.

Ini perincian yang anda perlu tahu bagi MC20 yang dibina di Modena, Itali itu:

1. Nama MC itu diambil daripada perkataan Maserati Corse, ia adalah perkataan Itali untuk perlumbaan.

2. Ia menggunakan reka bentuk berinovasi tinggi untuk memberi aerodinamik yang terbaik.

3. Mampu mencatat kelajuan tertinggi 326km/j dan menjadi model Maserati pertama yang menggunakan kerangka monokok gentian karbon dengan beratnya kurang 1,500kg.

4. Menggunakan enjin baharu Nettuno V6 yang diambil daripada teknologi Formula Satu (F1) dengan boleh memecut 0-100km/j hanya 2.88 saat.

5. Enjin yang mampu menyalurkan 630hp itu adalah dihasilkan sendiri oleh Maserati selepas 20 tahun tidak membina rangkaian kuasa.

6. Bagi sistem brek yang lebih berkuasa, MC20 dipadankan dengan cakera brek hadapan 380 mm yang diapit oleh kaliper Brembo enam-piston, sementara di bahagian belakang pula dilengkapi cakera brek 350 mm dengan empat unit piston.

;