Tempatan
Mayshowa anjur promosi minyak pelincir Eneos
Mayshowa menganjurkan kempen ‘Go Race With Eneos’ bagi mempromosikan rangkaian minyak enjin motosikal yang berkualiti tinggi bagi pasaran tempatan.
Kempen itu berjaya meraih tumpuan pada jenama popular Jepun itu yang juga terkenal sebagai ‘Japan’s No.1 Engine Oil Company’ - syarikat minyak enjin yang terulung di Jepun. Jenama Eneos tidak asing lagi di arena perlumbaan GP malah menjadi penaja rasmi Yamaha Factory Racing Team sejak 2011.
Ia dilaksanakan merangkumi 2 pasukan ‘roving’ dengan 3 ahli bagi setiap pasukan, bersama kenderaan promosi yang lengkap dengan warna, pelekat dan jenama Eneos yang cerah ceria dan pastinya mudah dicam. Sebanyak 12 hentian dibuat di pusat-pusat servis motosikal Lembah Klang selama enam hari.
Kempen ‘Go Race With Eneos’ membuktikan bahawa kebanyakan penunggang motosikal Malaysia sudah pun biasa dengan jenama Eneos.
Seramai 282 daripada jumlah 330 peserta kajian mengesahkan kebiasaan melihat jenama itu dan tahu pembabitan Eneos di arena MotoGP. Lebih dari 110 peserta pula pernah menggunakan minyak enjin Eneos sebelum ini dan amat berpuas hati dengan prestasinya.
Kini terdapat lima varian produk minyak motosikal Eneos untuk pilihan penunggang motosikal di Malaysia. Varian terbaru, 4T SL/MA 15W-50 akan dibawa masuk ke pasaran tempatan tidak lama lagi.
Minyak enjin sintetik penuh 4T SL/MA2 10W-50 menjanjikan prestasi terbaik walaupun dalam keadaan ‘extreme’, ditambah pula dengan perlindungan tambahan untuk klac dan kotak gear.
Varian sintetik ‘blended’ pula memberi prestasi yang amat baik dalam apa jua keadaan serta memastikan enjin iaitu 4T SL/MA 10W-40 dan 4T SL /MB 20W-40 yang diformulasikan khas untuk skuter.
Bagi mereka biasa menggunakan varian mineral pula, 4T SJ/MA 20W-50 dan 4T SJ/MA 40 adalah pilihan yang amat versatil, sesuai untuk semua model motosikal.