Tempatan
Mengapa Kereta Sport Elektrik Perlu Guna Michelin Pilot Sport EV?
Bagi memenuhi keperluaan kereta sport elektrik yang semakin berkembang ketika ini, pengeluar tayar popular dunia, Michelin baru sahaja melancarkan siri terbaharu iaitu Pilot Sport EV yang direka khas untuk kegunaan kenderaan terbabit.
Ini disebabkan kompaun dalam getah tayar yang digunakan adalah ciptaan khas menawarkan rintangan lebih baik untuk menampung daya pecutan tinggi kenderaan elektrik.
Siri Pilot Sport EV dicipta menggunakan teknologi ElectricGrip Compound seperti yang diaplikasi pada penciptaa tayar perlumbaan kenderaan Formula E.
Teknologi itu membantu menjadikan bahagian tengah tayar menjadi lebih kukuh dan bahagian dinding serta bunga tayar pula memiliki corak sama seperti tayar kereta Formula E.
Formula E (FE) itu satu kejohanan pelumbaan seperti Formula 1 (F1) cuma membabitkan motor elektrik berbanding enjin pembakaran dalaman berasaskan minyak petrol.
Berbanding sebuah jentera F1, kereta lumba FE masih sedikit rendah pada kelajuan maksimum tetapi tidak jauh beza semasa pecutan pada pemanduan kelajuan rendah. Sebuah kereta FE boleh mencapai kelajuan maksimum 280 kilometer sejam.
Tayar Michelin Pilot Sport EV adalah 20 peratus lebih lembut berbanding tayar standard lain disebabkan penggunaan teknologi Akustik dan mempunyai rintangan guling rendah. Ini membolehkan siri tayar EV baharu mencapai jarak perjalanan 60km lebih jauh berbanding siri tayar Pilot Sport 4 tires. Ujian perbandingan itu dibuat membabitkan kenderaan sama seberat 2 tan.
Setakat ini, Michelin menjadi satu-satunya pengeluar yang menawarkan produk tayar untuk kegunaan kenderaan elektrik. Jenama lain mungkin akan ikut langkah sama memandangkan trend kenderaan kini menuju segmen elektrik.
Siri Pilot Sport EV sudah mula dijual di China dan akan mula diagihkan ke pasaran Eropah dan Amerika Utara bermula bulan depan.