Michelin Energy XM2+ beri jarak membrek lebih pendek dan tahan lama
Michelin, syarikat pengeluar tayar yang terkemuka di dunia memperkenalkan tayar Michelin Energy XM2+ yang menerima penambahbaikan berbanding versi terdahulu iaitu Energy XM2.
Energy XM2+ menggunakan kompaun getah silika 100 peratus yang baharu yang mampu menawarkan keupayaan jarak pembrekan yang lebih pendek dalam keadaan basah, iaitu 1.5 meter (m) bagi tayar baharu. Jika bukan baru, tayar itu mampu membrek dalam jarak 2.6m.
Simbol ‘+’ pada permukaan sisi tayar ini membuktikan daya pembrekan yang lebih hebat berbanding generasi tayar sebelum ini. Tanda ‘X’ Hijau pula untuk menandakan penjimatan bahan api yang dapat diperoleh dengan tayar itu secara optimum.
“Ia sejajar dengan slogan kempen Energy XM2+ yang menegaskan bagaimana Stopping Superpower boleh memelihara tahap keselamatan dan keyakinan pengguna di jalan raya sepanjang masa,” katanya.