Michelin Pilot Sport 4 SUV lebih tahan lama dengan cengkaman terbaik, harga bermula RM700
Bagi memenuhi permintaan tayar kategori SUV, Michelin sebuah syarikat terkemuka dunia memperkenalkan Michelin Pilot Sport 4 SUV untuk Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) berprestasi tinggi.
Michelin Pilot Sport 4 SUV hadir dengan reka bentuk alur asimetri baharu yang menguatkan corak bunga dan memberikan cengkaman maksimum ketika di selekoh.
Lilitan tali sawat hibrid yang diperbuat daripada aramid dan nilon juga menjanjikan tindak balas kawalan yang dinamik dan ketepatan pemanduan.
Ia dihasilkan dengan bahan sebatian baharu yang menggabungkan fungsi inovatif elastomer dan silika, sekali gus memberi pengendalian di permukaan jalan basah lebih baik berbanding tayar pesaing lain.
“Tayar ini mempunyai corak bunga yang lebih baik dan bahan sebatian baharu untuk cengkaman yang lebih mantap dan prestasi brek yang cemerlang pada jalan basah, selari dengan slogan Michelin Pilot Sport 4 SUV, iaitu Sentiasa dalam kawalan, di mana sahaja,” katanya.
Menurutnya, Michelin Pilot Sport 4 SUV juga dioptimumkan bagi keselesaan penumpang dan meminimumkan bunyi bising untuk memberi pengguna pengalaman pemanduan yang menakjubkan.
Michelin Pilot Sport 4 SUV boleh didapati di TYREPLUS dan semua pengedar sah Michelin di seluruh negara dalam 39 pilihan saiz untuk rim dengan diameter 17 hingga 23 inci dengan harga bermula RM700.