Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Tempatan

Miliki Kenderaan Elektrik BMW iX, Bayaran Bulanan Bermula RM4,888

Erywan 26/08/2021 | 04:57 MYT

BMW Group Malaysia terus memberi komitmen untuk membentuk mobiliti masa hadapan Malaysia dengan membayangkan ketibaan kenderaan elektrik menerusi BMW i generasi baharu di negara ini.

Syarikat berkenaan mahu meluaskan rangkaian kenderaan elektrik dengan pengenalan model baharu menerusi BMW iX, selain dua model lagi yang bakal mengikut jejak itu iaitu BMW iX3 dan BMW i4 eDrive40.
Bagi BMW iX, ia boleh dipandu sehingga 630 kilometer untuk sekali cas sekali gus penggunanya tidak perlu bimbang berhubung tentang jarak operasi kenderaan elektrik itu.
Perwatakan utama yang jelas berbeza dapat dilihat pada lampu hadapan LED, manakala BMW Laserlights melengkapi BMW iX xDrive40 Sport dan BMW iX xDrive50 Sport.
Fungsi Bantuan Memandu (Driving Assistant) dan Bantuan Parkir (Parking Assistant) juga ditawarkan secara standard bagi BMW iX xDrive40, manakala BMW iX xDrive40 Sport dan BMW iX xDrive50 Sport didatangkan dengan Driving Assistant Professional serta Parking Assistant Plus.
Kedua-dua variasi Sport itu juga dilengkapi sistem bunyi keliling Harman Kardon dan Interior Applications Clear & Bold, yang terdiri daripada panel kawalan pada konsol tengah diperbuat daripada kayu.
Anggaran harga jualan bagi BMW iX xDrive40 dan BMW iX xDrive40 Sport masing-masing bermula RM419,630 serta RM472,630.
Dengan Balloon Financing Plan yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW iX xDrive40 dan BMW iX xDrive40 Sport masing-masing boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM4,888 dan RM5,478 berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80 peratus bagi tempoh lima tahun.
Pratempahan dan pendaftaran juga dibuka bagi mereka yang berminat untuk memiliki kenderaan BMW i generasi baharu.
BMW iX xDrive40 serta BMW iX xDrive40 Sport sedia untuk dipratempah di platform BMW Shop Online melalui https://shop.bmw.com.my/ dengan bayaran RM5,000.

;