Tempatan

Mitsubishi Evo X Final Edition Unit Terakhir Di Kanada Dijual Hampir RM500,000

Erywan
04/08/2021
04:50 MYT
Sponsor Banner
Mitsubishi Evo X Final Edition Unit Terakhir Di Kanada Dijual Hampir RM500,000
Berita untuk menamatkan pengeluaran Mitsubishi Lancer Evolution pada 2016 menjadi berita sedih buat peminat jentera berkenaan di seluruh dunia.
Dari generasi pertama sehingga ke-10, jentera itu sentiasa menjadi idaman buat kaki-kaki kereta tidak mengira umur dan latar belakangnya.
Namun kehadiran seunit Mitsubishi Lancer Evolution (Evo X) terutama versi ‘Final Edition’ yang masih dalam keadaan baharu mungkin boleh menjadi berita gembira buat peminat (Japanese domestic market) JDM itu.
Jentera ini adalah unit terakhir yang dijual untuk pasaran Kanada dengan nombor siri 350. Untuk makluman, bagi pasaran global Final Edition dikeluarkan sebanyak 3,100 dan sebanyak 350 unit untuk Kanada.
Unit terakhir itu kini berada di satu pusat jualan kenderaan di Ontario, Kanada yang mana harganya sejumlah $147,899 CAD (RM499,303).
Untuk perbandingan, harga untuk versi Final Edition yang baharu sebelum ini dijual kira-kira $95,582 CAD (RM322,682). Namun berikutan ia mempunyai nombor siri yang unik dan terakhir, ia dijual hampir sekali ganda dari harga asal sebelumnya.
Jentera yang dipaparkan ini adalah buatan tahun 2015 dengan jarak perbatuan hanya mencecah 99 kilometer sahaja dan kelihatan baharu seperti baru keluar dari kilang.
Untuk luarannya, Final Edition putih itu mempunyai bumbung hitam dengan dilengkapi logo Final Edition pada but belakang dan set rim BBS. Selainnya, ia adalah sama dengan versi Evo X yang lain.
Cuma bahagian dalamannya mungkin sedikit berbeza dengan kehadiran kemasan jahitan merah serta kepingan nombor sisi.
Prestasinya pula, ia menggunakan enjin 2.0 liter turbocharged yang mana kuasanya menyalurkan 303hp dengan tork setinggi 414Nm. Kuasa itu disalurkan ke pacuan semua roda dengan menggunakan transmisi lima kelajuan manual.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar