Modifikasi
Mitsubishi Evolution IX Ilham Daripada Filem The Fast and the Furious: Tokyo Drift
Sudah 14 tahun sebenarnya The Fast and the Furious: Tokyo Drift ditayangkan dan dalam filem berkenaan banyak kenderaan JDM dipaparkan yang menjadi kegilaan kaki kereta pada peringkat global termasuk Malaysia.
Jika pernah menonton filem berkenaan, sudah tentu anda akan perasaan sebuah Mitsubishi Evolution IX merah yang dipandu oleh Sean Boswell atau nama sebenarnya Lucas Black.
Tahukah anda, jentera berkenaanlah menjadi inspirasi Mitsubishi Evolution IX dalam ruang modifikasi kali ini. Boleh dikatakan setiap aksesori luaran yang digunakan, ada pada jentera paparan kali ini. Bezanya mungkin tidak mempunyai pelekat seperti kenderaan yang membintangi dalam filem berkenaan.
Untuk menjadikan jentera secantik ini, pemiliknya melabur antara RM65,000 sehingga RM62,000 untuk ubah suai luaran, dalaman serta enjin.
Malah, Mitsubishi Evolution IX keluaran tahun 2006 ini juga adalah satu-satu kereta di Malaysia yang menggunakan kit lengkap APR Racing.
Konsep itu sangat jarang digunakan kaki ubah suai Mitsubishi Evolution di Malaysia, kerana segelintir daripada mereka lebih gemar kepada aksesori kit jenama Varis atau Vortex.
Jika lihat pada hadapanya, sudah pasti komponen jenama APR Racing sangah gah kelihatan pada bahagian bampar serta peresap yang diperbuat daripada gentian karbon.
Sisinya juga dilebarkan dengan dapra yang mempunyai sirip selain diperkemaskan dengan skirt sisi jenama APR Racing.
Tidak lupa juga ia turut menggunakan cermin sisi Ralliart “Mickey Mouse”. Kenapa “Mickey Mouse”? Ini disebabkan rekaan cermin sisi itu kelihatan seperti telinga watak kartun berkenaan. Cute!
Pada belakang, jentera ini diperhebatkan dengan spoiler GT Wing buatan gentian karbon dan di bahagian bawah but belakang ia dihiasi bampar APR Racing yang tampak menyerlah.
Ruang dalamanya tampak minimal kerana masih mengekalkan keaslian kecuali ada penambahan komponen yang diperbuat daripada gentian karbon daripada Ralliart seperti konsul tengah, panel audio double din dengan diletak pemain Kenwood.
Ruang kokpit, keistimewaan boleh dilihat pada kerusi Recaro, meter kluster serta tombol gear daripada Ralliart, selain ia juga dipenuhi dengan pelbagai meter tambahan Defi sebanyak enam unit, kawalan boost Greddy.
Prestasi menjadi satu kelebihan pada jentera ini. Enjin Mitsubishi Evolution IX ini tidak dibiarkan standard, tetapi sudah pun dinaik taraf yang dikatakan mampu menyalurkan sehingga 653hp.
Kuasa itu dikatakan naik lebih sekali ganda, ini kerana Mitsubishi Evolution IX yang standard pun hanya boleh menghasilkan kurang daripada 300hp.
Boleh dikatakan enjin ini boleh dibikin pada tahap maksimum. Enjinnya sudah pun ditingkatkan daripada 2.0 kepada 2.3 liter dengan turut menggunakan komponen stroker kit Tomei serta padanan cam Cosworth 272. Klac juga ditukar dengan kepingan berkembar ATS untuk memberi kuasa lebih padu.
Kuasa turbo diperkuatkan dengan penggunaan komponen GT3582R serta padanan wastegate Trust 48mm. Bagi memberi aliran bahan api lebih baik, beberapa komponen ditukar seperti pam Walbro 400lph, fuel rail HKS dan suntikan SARD 850cc.
Sebenarnya banyak lagi jajan yang ada pada enjin ini, jadi bagi memudahkan anda mengetahui apakah rahsianya, kami senaraikan komponen yang sudah ditukar di bawah nanti.
Apa yang boleh katakan, ini adalah jentera paling hebat dengan prestasi serta memilihi konsep modifikasi berlainan daripada lain.
Spesifikasi Enjin
2.3L engine (Tomei stroker kit)
Head/Camshaft/Valve:
*Aci cosworth 272
Turbo/Wastegate/Intercooler/Blow Off:
*GT3582R
*IC Blitz
*Blow off sheepdog
*Wastegate Trust 48mm
Intake Manifold​/Pendikit Badan:
*AMS intake
*Bremoo throttle body
Pam Bahan Api/Injector/Rel Bahan Api/Regulator:
*Walbro 400lph
*HKS fuel rail
*SARD 850cc injector
Kabel Palam Pencucuh/ECU:
*HKS FCON 3.25
*NGK cable
Klac:
*Kepingan berkembar ATS
Ekzos:
*Trust PeTir 3.0 inci