Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Antarabangsa

Mitsubishi Triton Quest - Sesuai untuk modifikasi seperti pikap trak Thailand

Erywan 14/11/2019 | 03:23 MYT

Mitsubishi Motor Malaysia memperluaskan rangkaian trak pikapnya dengan melancarkan Triton Quest baharu untuk pasaran tempatan.

Triton Quest ini adalah model varian paling rendah dalam keluarga trak pikap itu yang kini dijual pada harga bermula RM79,890.
Trak pikap yang paling rendah dalam keluarga Triton itu direka untuk memudahkan memasukkan barangan kerana jarak dari tanah lebih rendah. Pada masa sama, didatangkan dengan kotak penyimpanan rahsia kerusi belakang, mudah dicapai tetapi tidak mudah dilihat oleh orang luar.
Jadi inilah trak pikap yang sesuai untuk menjalani proses modifikasi seperti jentera di Thailand atau untuk perusahaan kecil dan sederhana untuk memunggah barangan jualan.
Ia mempunyai ruang kapasiti muatan besar yang boleh menampung sehingga 970kg termasuk penumpang dan muatan kargo, menjadikan geladak kargo terbesar di dalam kategori pemanduan rendah.
Reka bentuk J-Line yang berfungsi, memberi lebih banyak ruang dan keselesaan bagi penumpang belakang serta mengekalkan ruang kargo yang luas. Bagi rangkaian kuasanya, ia dijana dengan enjin diesel turbo-caj 2.5 liter yang menyalurkan 110PS dengan tork setingg 200Nm.
Untuk kawalan, Triton Quest adalah terbaik dalam kelasnya dengan keupayaan radius pusingan 5.7m, menjadikannya mudah dikendali dan dipandu pada jalan sempit dan tapak kerja yang sesak.
Dari segi keselamatannya pula, ia dilengkapi tali pinggang keledar dengan pra-penegang, Sistem Pemasa Elektronik dan Kawalan Penggera (ETACS) yang didatangkan dengan Sistem Isyarat Mengubah Laluan, Pemasa Kuasa Tingkap, Fungsi Tutup Auto Lampu Besar dan Penggera Pintu Terbuka.
Ia juga dipadankan Sistem Kunci Semula Pintu Automatik, Penggilap Cermin Boleh Diubah Kelajuan Auto dan penangguhan lampu ruang dalam 15 saat yang membolehkan lampu kabin kekal bernyala selama 15 saat selepas enjin kenderaan dimatikan.
Sebagai tambahan, Triton Quest juga dilengkapi dengan beg udara dual SRS dan Anti-Lock Braking System (ABS) bersama Electronic Brake-force Distribution (EBD).
Ciri keselamatan pada Triton Quest seterusnya diperteguhkan dengan binaan badan teguh Mitsubishi mengguna kan teknologi Reinforced Impact Safety Evolution (RISE).
Di samping itu, Triton Quest menambah Multi-Information Display yang mmemberikan maklumat penting mengenai trak seperti jarak perbatuan yang dilalui, peringatan servis, jarak bahan api dan purata penggunaan bahan api.

;